Mengenai Saya

Hai, Nama saya Rosman Yacob. Kengkawan panggil saya Man saja. Saya berasal dari Melaka (Negeri Hang Tuah le katakan). Sekarang ni saya tinggal di Bandar Mahkota Cheras.

Sekolah terakhir saya Sek. Men. Munshi Abdullah di Melaka le. Sekarang ni  saya bekerja dengan syarikat swasta di Cyberjaya. Saya juga sedang sambung belajar di Open University Malaysia (OUM) mengambil kos Pengurusan Perniagaan (Ijazah). Buat part time aje. Tinggal setahun aje lagi habis le belajar dan saya ingat nak sambung ambil Master le pulak. InsyAllah.

Saya menceburi bidang perniagaan online adalah secara part time aje (sambilan) sebab siang saya bekerja jadi waktu malam saya akan menumpukan perniagaan online saya ni. Sebenarnya saya memang minat berniaga dan pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan terlalu banyak untuk diceritakan disini. Tapi semuanya adalah perniagaan secara offline. Saya mula menceburi bidang online sejak saya terbaca blog dari mereka-mereka yang telah menjadi pakar dalam bidang ni seperti blog Smartusaha.com, Blog Jamal.com, Mazlienazliee.com, blog dari saudara Bearnerd dan blog saudara Zamri Nanyan. Mereka-mereka inilah yang telah membuka minda dan minat  saya dalam bidang perniagaan online ni. Secara tak langsung mereka adalah sifu saya dalam dunia perniagaan internet. Mereka sebenarnya tidak mengenali saya, tapi itu tak penting yang penting ilmu yang saya dapat dari mereka melalui blog dan ebook milik mereka. Banyak yang saya belajar dari mereka. Sebab itu mereka adalah sifu dan mentor saya.

Harapan saya ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti dan membantu anak bangsa untuk mencapai kejayaan yang diidamkan oleh semua orang. Sehingga sekarang ni pun saya masih lagi belajar dan terus belajar demi kejayaan dalam hidup.

Advertisements
%d bloggers like this: