Archive

Archive for the ‘Motivasi Diri’ Category

8 Tips Bagi motivasi Diri Sendiri

17 September 2015 Tinggalkan komen

Kita sebagai manusia sering kehilangan tumpuan dalam mencapai matlamat yang diimpikan. Selalunya semangat kita akan pudar dari masa ke semasa. Kita akan semakin lemah dalam melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan demi mencapai impian kita.

Jangan risau disini ada 8 tips bagi meningkatkan motivasi diri anda agar kalau tak semua sekurang-kurangnya separuh impian anda akan teracapai jika mengamalkannya. Insya Allah

1.Gambaran Impian.

Maksud gambaran impian ini adalah anda nyatakan impian anda dalam bentuk gambar dan letakkan ia ditempat yang paling mudah untuk dilihat setiap hari. Contohnya di atas meja kerja anda atau lekatkan di pintu rumah anda.

Teknik ini amat berkesan dan ianya bakal merangsang minda anda untuk mencapai impian. Ianya dapat membantu anda untuk mencapai keinginan anda.

2. Tulis Impian Anda

Bagi memastikan yang impian anda tercapai dan anda berada dilandasan yang betul dalam mencapainya, Semua impian anda haruslah ditulis dalam sebuah buku atau kertas dan dibaca setiap hari bagi mengingatkan diri anda apa yang harus anda lakukankan pada hari tersebut yang berkaitan dengan impian anda.

Sebaiknya tulis impian anda itu setiap hari apa bila bangun dari tidur. Cara ini akan mengingatkan anda target yang ingin dicapai dan apa yang harus dilakukan bagi mencapainya.

3. Berikan Pujian Pada Diri Anda

Jika anda telah berjaya mencapai target atau berjaya melakukan sesuatu yang berkaitan dengan target anda pada hari tersebut, maka berilah pujian pada diri anda kerana anda berjaya dan berada dilandasan yang sepatutnya walaupun impian anda masih lagi belum tercapai.

Cara ini akan membuatkan anda lebih bersemangat meneruskan usaha bagi mencapai impian anda. Manusia selalunya suka dan bangga apabila dipuji. Jadi pujilah diri anda. Jangan tunggu orang lain memuji anda sebaliknya anda pujilah diri anda sendiri. Anda pasti akan merasai sesuatu yang sangat luar biasa datang dari dalam diri anda

4. Kisah Kejayaan Orang Lain

Menbaca atau mengenali orang yang telah berjaya adalah satu cara untuk membangkitkan semangat yang ada dalam diri kita bagi mencapai impian kita. Bacalah buku-buku tentang orang yang telah berjaya dalam hidup mereka.

5. Fokus

Bagi memastikan yang impian anda tercapai, anda harus fokus dalam melakukan tugasan-tugasan yang terarah pada impian anda. Berikan tumpuan yang lebih pada tugasan -tugasan yang berkaitan dengan impian anda. Tanpa fokus dalam melakukan sesuatu, anda akan gagal dalam merialisasikan impian anda.

6. Tetapkan Hala Tujuan Sendiri

Dalam mencapai impian atau matlamat, anda harus ada hala tuju yang ingin dicapai. Jangan ikut cara ornag lain tapi jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk anda melakukan yang terbaik buat diri anda. Jangan membandingkan diri anda dengan mereka yang telah berjaya, takut ianya bakal merosakkan diri anda sendiri. Sebab mereka telah lama mengecapi kejayaan, anda baru nak mencapai kejayaan. Jadi membandingkan diri anda dengan mereka yang telah berjaya akan membuatkan anda hilang motivasi.

Jadi disini saya sarankan pada anda, tetapkan hala tuju anda sendiri dan buat dengan mengikut kemampuan yang anda ada. Jangan melampaui kebolehan anda. Hanya anda saja yang kenal diri anda dan anda saja yang tahu kemampuan anda. Buat mengukut kemampuan dan tenang dalam melakukannya. jangan stress.

7. Lupakan Masa Silam Anda

Jika anda mempunyai masa silam yang suram atau masa silam yang mengecewakan, anda harus lupakan masa silam anda itu. Ianya akan merosakkan motivasi anda dalam mencapai matlamat atau impian anda. Anda harus sedar yang masa silam anda tidak boleh diubah, iannya akan kekal menjadi kenangan yang pahit buat anda. Jadi, lupakan saja masa silam yang suram itu. Anda harus melangkah dan terus melangkah bagi merubah hidup anda menjadi yang lebih baik dari masa silam anda.

8. Kekal Positif

Dalam mencapai impian anda, anda harus kekal positif terhadap apa yang anda lakukann. Berfikiran positif dalam segala hal akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan-tugasan yang berkaitan dengan matlamat dan impian anda.

Segalanya terletak ditangan anda. Andalah penentu hidup anda. Jika anda berfikir gagal maka gagallah anda tapi jika anda memikirkan yang anda boleh berjaya, Insya Allah anda pasti akan berjaya. Bertindak dan berubahlah dari sekarang, masih belum terlambat untuk anda melakukan perubahan dalam hidup anda bagi mencapai impian anda. Saya berdoa semoga anda berjaya dengan apa yang anda impikan.

Kategori:Motivasi Diri

Bertindaklah Jangan Bertangguh lagi…..

5 Februari 2014 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera buat anda semua pembaca yang budiman,

  1. Baru-baru ni saya berjumpa dengan kawan lama yang dah lama tak jumpa.
  2. Kawan saya ni semasa saya jumpa 3 tahun yang lalu mempunyai cita-cita ingin menjadi seorang peniaga ataupun seorang usahawan.
  3. Dia berazam ingin menjadi menjadi seorang peniaga yang berjaya. Apa yang terjadi sekarang ni azam tinggal azam.
  4. Dia masih lagi macam dulu yang penuh dengan keazaman tapi tak pernah buat apa yang diazamkan. Bila ditanya mengapa, dia hanya jawab takut pada kegagalan.
  5. Kita kena bertindak dan jangan bertangguh lagi sebab selagi kita tidak bertindak, kita tak tahu apa yang akan berlaku.
  6. Berjaya atau gagal perkara yang kita rancang bergantung pada usaha yang kita lakukan.
  7. Kalau kita fokus dan memberi sepenuh perhatian pada apa yang kita rancang, in sha Allah kita pasti akan berjaya.
  8. Sebenarnya kita tidak merancang untuk gagal tapi kita gagal untuk merancang.
  9. Jangan azam yang kita buat nanti hanya tinggal azam saja. Jadi bertindaklah bagi memastikan azam kita tercapai.
  10. Bertangguh akan membuatkan kita menjadi lemah untuk mencapai azam yang kita buat.
  11. Tapi sebelum kita membuat azam baru, adalah lebih baik kita renung sejenak pada azam kita yang lepas.
  12. Sudahkah azam kita yang lepas tercapai, kalau masih tak tercapai, cari apakah puncanya dan perbaiki.
  13. Kejayaan kita pada hari ini adalah atas usaha kita yang lepas dan doa orang-orang yang ada sekeliling kita.
  14. Jadi janganlah kita terlalu berbangga dengan kejayaan yang kita capai sebaliknya bersyukurlah pada Allah atas kejayaan tersebut.
  15. Berazamlah dengan penuh semangat dan pastikan ianya boleh dan mudah dicapai.
  16. Carilah buku-buku motivasi untuk dibaca agar diri kita sentiasa bersemangat dalam mencapai azam yang dibuat.
  17. Nasihat saya pada anda bertindaklah jangan tunggu lagi.
  18. Semoga anda berjaya dengan apa yang anda inginkan. In Sha Allah.

 

 

===============================================================================

3 Ebook Pemasaran PERCUMA untuk anda

Memperkenalkan… bukan satu malah 3 ebook strategi pemasaran yang bakal membantu anda menjana pendapatan online. Ya, 3 ebook untuk anda dan yang pasti ianya PERCUMA…..

Klik Disini Sekarang

 

==========================================================================================

Formula Pantas Seru Rezeki

Ebook Ini Bakal Mengubah Aliran Rezeki Menjadi Lebih Lancar Dalam Kehidupan Pembacanya.

Harga hanya RM30 sahaja….Jaminan wang akan dikembalikan 100% dalam masa 30 hari jika gagal.

Klik Disini Sekarang  

===================================================================================

 

 

 

Kategori:Motivasi Diri

Gagal Sekali Bukan Bermakna Kita Akan Gagal Untuk Selama-Lamanya

3 Februari 2014 Tinggalkan komen
  1. Kita pernah mencuba untuk melakukan sesuatu yang baru dalam  hidup kita, tapi percubaan kita yang pertama menemui kegagalan.
  2. Apabila kita gagal, kita pasti akan dicemuh oleh mereka-mereka yang tak senang dengan percubaan kita.
  3. Kita pun mulalah berputus asa dan tak mahu mencuba lagi sesuatu yang baru dalam hidup kita.
  4. Semua ini adalah kerana kita takut gagal buat kali keduanya. Kita mula berfikir negetif akan keupayaan diri kita. Semua ini adalah kerana kegagalan yang kita alami.
  5. Kita harus sedar kegagalan yang kita alami bukan penghalang untuk kita mencuba dan terus mencuba.
  6. Kita kena yakin akan keupayaan diri. Kita harus buat lebih baik dari apa yang kita tahu. Hanya kita saja yang tahu apa yang kita mahu.
  7. Kita harus tahu bahawa setiap kegagalan itu pasti ada hikmah disebaliknya atau ada kelemahan yang membuatkan kita gagal.
  8. Jangan kita sekali-kali menyalahkan orang lain atas kegagalan kita. Kita harus terima kegagal tersebut dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif.
  9. Kita kena belajar dari kegagalan sebab kegagalanlah yang membuat kita menjadi orang yang matang dan lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
  10. Jangan difikir apa orang nak kata, sebaiknya fikirkanlah apa yang kita nak lakukan hingga berjaya.
  11. Orang tak boleh nak mengata kalau kita dah berjaya.
  12. Dan kita juga akan merasa puas dan berharga bila kita sudah berjaya.
  13. Maka bangkitlah dan teruskan usaha sehingga apa yang kita inginkan dapat kita capai.
  14. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau baik,maka baiklah kita. Kalau fikir tak baik maka tak baiklah kita.
  15. Saya doakan semoga anda semua berjaya dengan impian anda. Salam Kejayaan dari saya.
Kategori:Motivasi Diri

Lakukanlah Apa Yang Anda Suka

8 Februari 2013 Tinggalkan komen

Sedikit Tip motivasi dari saya untuk renungan kita semua. Saya harap ianya dapat membantu menaikkan semangat kita dalam mencapai apa yang kita inginkan.

Adakah anda tahu bahawa anda sebenarnya boleh memperolehi sesuatu yang lebih baik dari apa yang anda ada sekarang? Jika anda berasa seperti anda terperangkap dalam pekerjaan anda sekarang, anda perlu memikirkan semula hidup anda dan di mana anda berada?. Anda adalah pemandu kenderaan anda sendiri dan anda membuat keputusan ke  mana anda akan pergi. Tetapi kita hanya manusia biasa  pasti ada melakukan kesilapan dan jadikan kesilapan tersebut sebagai panduan sepanjang perjalanan anda.

Anda boleh menjadi lebih mencabar. Kehidupan anda boleh menjadi lebih menyeronokkan, terutamanya apabila anda mengikuti perkara-perkara yang anda benar-benar suka dan memperolehi hasil yang anda harapkan. Inilah perkara yang dilakukan oleh orang-orang yang telah berjaya.

Adakah anda berada di tempat di mana anda merasakan diri anda sudah terlalu selesa?  Jika anda telah bekerja keras dan memperolehi apa yang anda inginkan dan tidak ada apa lagi yang anda ingin lakukan. Melalui masa dan usaha, anda sebenarnya telah menguasai diri anda. Anda tahu bagaimana untuk bekerja dan anda tidak akan masuk ke dalam apa-apa masalah. Semua yang anda perolehi telah cukup untuk membuatkan anda hidup senang dan memiliki wang yang banyak. Adakah semua ini telah anda capai? Jika tidak, maka mungkin sudah tiba masanya untuk anda keluar dari zon selesa anda.

Anda perlu mengambil risiko untuk mengetahui keupayaan anda. Anda tidak perlu takut untuk gagal kerana itu adalah sebahagian dari kejayaan yang bakal anda miliki. Anda hanya perlu belajar dari kesilapan anda sendiri. Jadikan kesilapan anda itu satu kekuatan untuk anda terus maju dalam mencapai impian anda.

Jika anda benar-benar suka apa yang anda lakukan, anda pasti akan berjaya. Keghairahan anda dalam melakukan sesuatu perkara sebenarnya boleh membawa kejayaan pada anda jika melakukannya dengan betul dan pasti akan membawa keuntungan pada diri anda.

Apabila anda suka apa yang anda lakukan, ianya pasti akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti.  Ia juga akan mencerminkan kehidupan anda dan sikap anda terhadap apa-apa yang  bakal anda lakukan.

Tetapi menetapkan matlamat yang betul dan mencari apa yang anda suka,mungkin bukan sesuatu yang mudah. Anda perlu berfikir dengan bijak dan tahu apa yang anda inginkan dalam hidup anda.

Saya akan kongsikan dengan anda cara untuk menetapkan matlamat dan apa yang patut anda lakukan. Tunggu post terkini dari saya…..

Kategori:Motivasi Diri

Jangan Mudah Berputus Asa

31 Disember 2012 4 comments

Salam Sejantera buat pembaca setia blog saya ini. Kali ini kita carita mengenai sikap kita yang mudah putus asa. Sebenarnya ianya tidak baik untuk diri kita. Buangkannya sejauh yang boleh. Tanamkan impian dan bulatkan tekad untuk terus berusaha mencapai impian anda.

Semua orang impikan kehidupan yang lebih baik dari yang ada sekarang. Kita berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan. Pelbagai cara kita buat agar hidup kita menjadi lebih baik. Berusaha dan terus berusaha sehingga impian kita tercapai. Berusahalah tanpa mengenal jemu dan jangan berputus asa. Hanya orang yang gagal saja akan berputus asa. Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Cari silap dan punca-punca kegagalan tersebut. Perbaiki kesilapan yang berlaku dan jangan diulangi kesilapan yang telah dilakukan.

Saya pasti anda akan berjaya jika ini yang anda lakukan. Perbaiki kelamahan diri dan perbetulkan apa yang tersilap. Jangan salahkan orang lain atas kesalahan atau kesilapan yang anda lakukan sehingga anda gagal mencapai impian anda. Berusaha dan terus berusaha. Yakinlah bahawa kejayaan pasti ada jika anda berusaha tanpa mengenal jemu.

Buang rasa malu yang ada dalam diri anda. Jangan takut dan jangan malu jika anda gagal. Biarkan orang lain ketawa melihat anda gagal. Ketahuilah sebenarnya mereka bukan ketawa kerana anda gagal tapi mereka takut jika anda berjaya. Kerana kejayaan yang bakal anda kecapi nanti bakal mencabar pendirian mereka. Bak kata pepatah Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya. Jangan toleh kebelakang. Pandanglah kehadapan dan teruskan usaha bagi mencapai impian murni anda itu. Allah pasti bersama anda.

Disamping itu jangan lupa berdoa pada Allah. Agar setiap apa yang anda lakukan dan setiap apa yang anda usahakan mendapat keberkhatan dari Tuhan Yang Maha Esa. Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu jika dia tidak mahu berubah. Restu dari ibubapa juga adalah penting untuk anda dapatkannya. Tanpa restu dari mereka  segala usaha anda akan menjadi sia-sia. Allah juga tidak akan merestui anda jika anda tidak direstui oleh ibubapa anda sendiri. Mohonlah restu dari mereka Insya Allah anda akan berjaya.

Sehingga berjumpa lagi dientri yang akan datang.

Wassalam…..

Kategori:Motivasi Diri

Untuk Berjaya Kita Harus Berubah

31 Disember 2012 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera buat pembaca blog saya semua. Atas permintaan ramai blog ini terpaksa saya teruskan. Kata mereka blog ini senang dan mesra pengguna. Tak tahulah betul ke tidak. Maknanya saya tak boleh nak tinggalkan terus blog ni. Baiklah jom kita teruskan pada tajuk yang ingin saya sampaikan pada anda semua.

Mungkin anda akan bertanya pada saya, apakah maksud tajuk yang kita bincangkan ni? Sebenarnya kejayaan yang ingin kita miliki bukan hanya  datang dari persekitaran kita saja. Tapi sebaliknya datang dari dalam diri kita sendiri.

Kita sebenarnya yang memprogramkan diri kita agar tidak berjaya. Cuba kita lihat diri kita dari sudut fizikal. Pakaian yang kita pakai ada kalanya tidak melambangkan sebagai seorang yang berjaya. Bukan maksud saya yang kita kena pakai baju yang mahal-mahal atau baju baru. Baju lama yang nampak lusuh kalau kita pakainya dengan kemas pasti akan menampakkan suatu kelainan.  Maknanya kita kena sentiasa kemas dalam berpakaian. Agar kita nampak  segak dan bersemangat. Ianya kita lakukan bukan untuk ditunjukkan pada orang lain tapi untuk diri kita sendiri. Kita akan rasa lebih bersemangat bila kita lihat diri kita dalam cermin dalam keadaan kemas dari sebelumnya. Kalau tak percaya cubalah ubah imej diri anda sekarang. Anda pasti akan rasa kelainannya.

Disamping berpakaian kemas, gaya berjalan dan tutur kata juga memainkan peranan dalam membentuk peribadi kita.  Jadi ubah gaya berjalan dan tutur kata anda. Pasti anda akan merasai perubahannya.

Jika dulu anda berjalan dengan perlahan dan tidak menyakinkan, maka sekarang ubahlah dengan berjalan sedikit laju dan penuh bersemangat. Begitu juga dengan tutur kata. Jika dulu anda bila bercakap dengan orang lain, agak lembut dan perlahan intonasi suara anda. Ubahlah, bercakaplah dengan orang lain dengan suara yang tegas dan penuh keyakinan. Jika anda buat semua ini, bukan saja anda yang merasai kelainan tentang perubahan anda malah orang lain juga akan merasa yakin akan diri anda. Berubahlah dari sekarang.

Ubahlah penampilan anda agar orang lain yakin dengan anda. Dan berubahlah dari sikap yang negetif kepada sikap positif. Anda kena positif dalam semua perkara yang anda lakukan. Sebaiknya jangan cari kelemahan orang lain. Nilai dulu diri anda dan kemudian perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Jadikan kelemahan anda itu satu kekuatan untuk anda terus berusaha sehingga anda berjaya. Pegang kata-kata saya ini Insya Allah anda akan berjaya.

Sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang……

Wassalam….

Kategori:Motivasi Diri

Sayangi dan Terima Diri Kita Seadanya….

7 November 2010 Tinggalkan komen

Selalunya kita gagal dalam percubaan pertama dalam apa jua perkara. Ada sesetengah antara kita apa bila gagal pada percubaan pertama, langsung tak mahu mencuba untuk kali kedua. Bila ditanya mengapa? Mereka akan berkata yang mereka dilahirkan bukan untuk berjaya. Mereka akan meyalahkan diri mereka. Pelbagai kata-kata dan ungkapan digunakan untuk meyalahkan diri mereka. Mereka sebenarnya tidak bersalah bila menyalahkan diri sendiri. Sebenarnya orang-orang seperti ini adalah mereka-mereka yang dibelenggu oleh pemikiran atau persekitaran masa lampau. Mungkin pada masa lalu mereka pernah dianggap seorang yang gagal oleh keluarga atau rakan-rakan mereka. Sejarah tersebut yang membuatkan mereka rasa yang mereka tidak layak untuk membuat perubahan atau percubaan untuk mencapai kejayaan pada masa sekarangdan akan datang. Bila mereka ini mencuba dan gagal mereka akan meyalahkan diri mereka atas kegagalan tersebut. Mereka tidak pernah mengkaji sebab-sebab mereka gagal.

Selalunya orang-orang seperti ini akan bersyukur dengan apa yang mereka dapat dan mereka tidak akan berusaha untuk mencapai yang lebih baik dalam hidup mereka sedangkan mereka mampu dan boleh melakukannya. Orang-orang seperti ini akan mengatakan pada diri mereka yang mereka adalah orang yang malang dan tidak akan berjaya kalau buat sesuatu. Mereka akan menjadi orang yang sering menyalahkan diri sendiri. Nasihat yang boleh diberi pada orang-orang seperti ini adalah “berhenti dari memikirkan yang tidak baik tentang diri kita”.

Anda kena berubah menjadi anda yang baru. Kita kena cakap dengan diri kita bahawa kita adalah seorang yang hebat dan tidak ada orang lain yang sama macam kita. Anda adalah diri anda dan anda adalah apa yang anda fikir. Jika anda melakukan kesalahan, anggaplah kesalahan tersebut satu pengalaman dalam mencapai apa yang anda impikan. Jangan terima apa orang kata yang tidak baik tentang diri anda. Anda seharusnya memikirkan yang baik tentang diri anda. Anda adalah seorang yang hebat.

Salah satu cara untuk anda berjaya dalam hidup ini adalah sayangi diri anda. Sering berkata yang baik-baik pada diri anda. Jika anda ada kelemahan, tidak semestinya kelemahan tersebut boleh membuatkan anda gagal. Jadikan kelemahan tersebut satu kekuatan untuk anda berjaya. Banyak lagi kelebihan dan kebaikan yang ada pada diri anda berbanding kelemahan anda. Salah satunya ialah jika anda sudah berkahwin, adakah anda seorang suami atau isteri yang disayangi oleh pasangan anda? Adakah pasangan anda senang dengan diri anda? Jika anda mempunyai anak dengan pasangan anda, adakah mereka bahagia dengan anda? Adakah mereka mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari anda? Jika semua persoalan yang diajukan jawapannya “Ya”, anda sebenarnya seorang yang hebat. Ketahuilah, tidak semua orang bahagia dengan pasangan mereka dan tidak semua anak-anak mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari kedua orang tua mereka. Tapi anda dapat memberikan kebahagiaan dan kasih sayang pada pasangan dan anak-anak anda. Bukankah anda seorang yang hebat?

Jadi sayangilah diri anda dan terima diri anda seadanya. Jangan menyalahkan diri anda jika anda gagal percubaan pertama sebaliknya anda kaji mengapa ianya gagal dan baiki kesilapan tersebut untuk percubaan seterusnya. InsyaAllah anda pasti akan berjaya. “Anda adalah apa yang anda fikirkan”. Jika baik anda fikirkan, maka baiklah ia tapi jika buruk yang anda fikirkan maka buruklah ia. Jadi fikir-fikirkanlah…..

Kategori:Motivasi Diri