Arkib

Archive for the ‘Info Niaga & Produk’ Category

Tip Pemasaran Affiliate

11 September 2010 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera pada semua,

Macammana dengan hari anda? Semoga gembira hendaknya. Kali ini saya ingin memberi sedikit tip pemasaran affiliate yang berjaya.  Sekarang ni mungkin anda dah bersedia untuk memulakan perniagaan internet anda yang pertama. Sebenarnya anda telah melakukan sesuatu yang betul jika anda mengambil tindakan untuk mula menjana pendapatan di internet. Mungkin anda tidak rasa tertekan dengan melibatkan diri dalam pemasaran affiliate, tapi anda kena tahu, walaupun ianya tiada risiko, anda harus mengendalikannya dengan baik sama seperti perniagaan yang lain. Maksudnya jangan ambil mudah dalam pemasaran affiliate ini. Jika anda serius dalam pemasaran affiliate, anda pasti akan mendapat keuntungan dan pendapatan yang lumayan. Pada ertikel kali ini, kita akan lihat jalan atau cara untuk memastikan pemasaran affiliate yang anda ceburi ini mencapai kejayaan dan berjalan lancar. Dengan mengikuti cadangan-cadangan yang disyorkan disini, perniagaan pemasaran affiliate anda akan beroperasi dengan baik dan sentiasa berada di landasan yang betul.

Langkah pertama dalam memulakan apa saja perniagaan baik secara online atau offline ialah kenal pasti permintaan. Dengan program pemasaran affiliate, anda akan diberitahu tahap jualan porduk tersebut. Ianya akan memudahkan anda untuk membuat penilaian. Kenal pasti permintaan pasaran dengan menggunakan cara ini iaitu anda sepatutnya tinggalkan saja produk yang sering berada dipasaran (maksudnya tiru produk orang lain). Anda sepatutnya tahu apa yang orang atau pelanggan inginkan dan perlukan. Dengan cara ini, objektif jualan anda akan berjalan dengan berkesan.

Langkah keduanya ialah jangan terikat dengan satu produk. Anda perlu kukuhkan kedudukkan anda dalam pasaran dengan membuat tawaran lain dari yang lain. Kebanyakkan program affiliate menawarkan beberapa pilihan dan ianya bagus untuk anda sertainya. Jika anda hanya menjual satu produk atau item saja akan memperlihatkan yang perniagaan anda sebagai perniagaan jangka pendek. Jadi anda harus pelbagaikan perniagaan anda.

Dalam langkah ketiga pula, anda harus melihat perniagaan anda berbeza dari perniagaan orang lain. Walaupun perniagaan yang anda ceburi ini hanya pemasaran affiliate, biarlah ianya berbeza dengan pesaing anda. Apa yang anda tawarkan adalah amat berbeza dari pesaing anda. Anda harus gunakan kebijaksanaan anda untuk bercerita tentang kelebihan yang ada pada diri dan perniagaan anda. Tapi jangan sesekali merendah-rendahkan pesaing anda
sebab ini akan membuatkan anda dipandang serong oleh orang lain. Anda hanya perlu ceritakan tentang keuntungan dan kelebihan yang bakal pelanggan dapat jika membeli dari anda.

Yang keempat, anda harus sentiasa buat yang terbaik dan memberikan service yang effisen pada pelanggan anda. Namun, kadang-kadang kebanyakkan pelanggan mempunyai sifat pemaaf jika mereka tahu akan masalah yang anda hadapi. Anda sepatutnya memastikan pelanggan anda berada dalam keadaan yang selesa dan berpuas hati apabila membeli produk dari anda. Sentiasalah pikat hati pelanggan anda.

Akhir sekali, pastikan pelanggan anda rasa gembira. Jika mereka gembira dan berpuas hati, mereka pasti akan membeli lagi dari anda jika ada produk terbaru anda tawarkan pada mereka. Berilah pelanggan anda sedikit insentif jika membeli dari anda, mereka pasti akan gembira.

Pemasaran affiliate adalah yang terbaik dalam menjana pendapatan sebab ianya tiada risiko tapi sama seperti perniagaan lain di mana anda harus bekerja keras untuk membuat jualan dan menjaga hati pelanggan. Jika mereka gembira, anda akan untung (win-win situation). Anda perlu memastikan yang anda berbeza dari yang lain dan melindungi perniagaan anda jika berlaku kegagallan. Dengan mengikuti cadangan-cadangan dalam artikel ini, anda berada dilandasan yang betul untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan anda.

Sekian sahaja dari saya semoga kita berjumpa lagi di artikel yang lain.

Advertisements

Tips Pemasaran Affiliate

31 Ogos 2010 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera semua,

Kali ini saya ingin memberi tip dalam pemasaran affiliate.

Ramai antara kita begitu minat dalam menjalankan perniagaannya sendiri.
Tapi disebabkan 2 faktor utama yang menghalang mereka berniaga iaitu:

1. pertama modal atau wang
2. kedua ialah risiko.

Bahkan untuk memulakan sesebuah perniagaan yang kecil pun memerlukan modal yang banyak. Contohnya membeli atau menyewa tempat, peralatan dan membayar gaji pekerja jika ada. Anda juga akan mempunyai beban luar seperti iklan.

Risiko pula adalah sesuatu yang tak dapat dielak oleh sesebuah perniagaan yang baru samaada perniagaan kecil atau sederhana. Hampir 90% dari semua usaha anda pada tahun pertama akan gagal dan jika anda adalah salah seorang peniaga yang berjaya pada tahun pertama perniagaan anda,anda harus melaburkan semula wang dan masa anda untuk membina reputasi perniagaan anda. Hal ini pasti akan berlaku selama 2-3 tahun sebelum keuntungan yang maksimam diperolehi. Kebanyakkan dari kita tidak sanggup menunggu selama itu.

Jadi perniagaan yang paling mudah dan pantas untuk mendapat untung ialah pemasaran affiliate. iaitu bekerja sebagai agen yang menjual produk atau perkhidmatan orang lain dan anda dibayar berapa yang anda jual. Perniagaan seperti ini tidak ada risiko dan tanpa modal. Anda hanya perlu memilih produk atau perkhidmatan yang baik dan daftar sebagai agen. Cukup mudah.

Tapi walaupun mudah, ianya adalah sangat mencabar. Anda harus bekerja keras untuk mendapatkan jualan, Tapi apabila anda berjaya menghasilkan jualan, anda akan rasa puas sebab anda akan mendapat hasilnya. Untuk memilih produk atau perkhidmatan yang baik dalam pemasaran affiliate adalah agak sukar. Akan tetapi ada beberapa tip yang ingin saya kongsikan dengan anda dalam memilih produk atau perkhidmatan untuk anda sebagai agen.

Ada ribuan program affiliate yang boleh anda pilih. Namaun untuk permulaan, anda mungkin akan memilih sesuatu produk atau perkhidmatan yang anda minat atau kenal. Anda seharusnya memilih sesuatu yang anda minat dan yakin akan keberkesanan produk atau perkhidmatan tersebut.

Ini adalah bertujuan untuk memudahkan anda dalam menyelesaikan masalah yang akan ditanggung oleh pelanggan anda. Mereka- mereka ini akan bertanya pada anda (sebelum mereka membuat pembelian) sesuatu yang anda jual bagi mendapatkan penjelasan awal mengenai produk atau perkhidmatan tersebut. Dalam hal ini anda harus kretif dan bijak dalam menambat hati pelanggan itu tadi. Jadi, jika anda tahu dan yakin dengan produk atau perkhidmatan yang anda jual, akan memudahkan anda untuk memberi penjelasan pada pelanggan yang bertanya.

Jika anda mempunyai blog, jangan terlalu banyak atau kerap meletakkan banner promosi produk yang sama dalam blog anda. Ini akan membuatkan prospek yang melawat blog anda akan berasa bosan dan pasti akan meninggalkan blog anda tanpa sebarang pembelian. Jadi berhati-hati jika menggunakan banner untuk tujuan promosi atau pemasaran. Jangan sampai anda kehilangan prospek.

Ingat, dalam dunia pemasaran internet, setiap produk yang dijual akan diisi dengan pelbagai testimoni. Jadi jika anda juga ingin membina website untuk produk yang diiklankan, saya sarankan anda jangan letak lagi testimonial. Sebab mungkin pelawat website anda akan merasa bosan untuk membaca wbsite yang panjang lebar, itu belum lagi pelawat tersebut klik link yang anda letakkan dalam website anda. Jangan biarkan pelawat bosan dengan apa yang anda lakukan..

Sebenarnya pemasaran affiliate memang boleh menghasilkan keuntungan pada anda jika betul caranya. Risiko dan kos yang anda tanggung adalah minimum. Ada pelbagai program affiliate yang ada di luar sana terpulang pada anda untuk memilih mana yang sesuai. Pilihlah atas dasar minat dan yakin.

Ahir sekali dari saya berhati-hati dengan program affiliate yang anda pilih. Jangan sampai anda tertipu. Pilihlah produk atau perkhidmatan yang sentiasa ada permintaan dan tuan punya produk atau perkhidmatan tersebut dikenali dalam perniagaan internet ni.

Sekian dari saya. Semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menjana pendapatan.

5 Perkara Yang Harus Ada Dalam Pemasaran Affiliate

29 Ogos 2010 Tinggalkan komen

Apa sebenarnya pemasaran affiliate? Pemasaran affiliate adalah satu perniagaan mudah untuk mendapatkan komisen di Internet. Ia juga adalah salah satu cara yang terpantas dan paling kreatif untuk mendapat keuntungan dan boleh juga dijadikan sebagai satu kerjaya di Internet.

Secara ringkasnya, pemasaran affiliate adalah menjual produk atas dasar komisyen. Anda adalah agen yang menjual atau mengiklankan produk-produk orang lain. Untuk menentukan kejayaan dalam pemasaran affiliate, anda harus miliki 5 perkara asas ini iaitu:

  1. Website anda adalah yang terbaik dalam semua usaha pemasaran anda. Jadi langkah pertama dalam pemasaran affiliate adalah mencipta sebuah website yang baik, profesional dan ada kredibiliti. Anda harus membina sebuah laman web yang friendly, yang akan menarik prospek dan memotivasi mereka untuk klik link ke produk atau perkhidmatan yang anda mempromosikan sehingga berjaya membuat jualan. Anda juga boleh mendapatkan website dari tuan yang empunya produk yang anda jual.
  2. Anda harus mencari produk untuk dijual, anda harus dapat menentukan apakah ada permintaan untuk produk-produk tersebut sehingga membuatkan pelanggan membelinya. Yang penting dalam pemasaran affiliate ialah anda harus percaya pada produk tersebut.
  3. Percaya pada produk adalah amat diperlukan oleh anda untuk menjadi pengiklan yang cekap dan mahir dalam menghasilkan iklan bagi meledakkan jualan produk tersebut. Sebab ianya mungkin akan melibatkan kos dalam menjayakan sesebuah iklan.
  4. Adalah penting untuk anda mengetahui siapa tuan yang empunya produk. Adakah mereka ini dikenali di internet? Ianya adalah sebagai langkah berjaga-jaga agar anda tidak tertipu.
  5. Dalam usaha anda menjalankan pemasaran affiliate ini, anda harus fokus dan mempunyai sokongan penuh dari keluarga anda supaya anda dapat mencurahkan masa dan tenaga yang diperlukan untuk memulakan perniagaan anda.

Semoga tip yang saya beri ini dapat membantu anda dalam memulakan perniagaan anda dari rumah.

Kejayaan Sesebuah Perniagaan Bukan Bergantung Pada Produk Yang Canggih Saja

7 Julai 2010 Tinggalkan komen

Mungkin anda kurang senang dengan apa yang saya katakan ini. Tapi sebenarnya ini adalah hakikatnya dan anda tak perlu terkejut dengan kenyataan yang saya buat ini. Secanggih mana sekali pun produk anda, kalau anda gagal untuk memasarkannya, maka gagallah perniagaan anda. Dalam perniagaan internet atau pun offline, pemasaran adalah sangat penting. Bagaimana orang nak beli produk anda jika mereka tidak tahu yang produk tersebut sebenarnya wujud. Jadi apa yang penting adalah pemasaran. Ada pemasaran atau promosi maka adalah jualan. Bagaimana anda boleh berjaya jika produk yang anda jual tidak laku?

Namun ketahuilah bahawa bukan senang untuk memasarkan sesuatu produk, lebih-lebih lagi membuat promosi dalam internet ni. Sebab anda tidak bersemuka dengan pelanggan anda dalam berurusniaga dan mereka pasti tidak yakin akan sesuatu yang anda pasarkan. Apa yang penting disini, anda harus memasarkan produk anda dan cuba untuk  mendapatkan kepercayaan pelanggan anda. Tanpa kepercayaan, adalah amat sukar untuk anda berurusniaga di internet ni, sebab kewujudan skim-skim penipuan yang tidak bertanggungjawab inilah yang membuatkan pelanggan mengambil sikap berhati-hati.

Janganlah anda rasa risau dengan kenyataan saya ini. Apa yang penting, kejayaan sesebuah perniagaan adalah promosi dan terus promosi. Untuk membuatkan pelanggan percaya pada anda, ada banyak cara yang boleh digunakan salah satunya ialah dengan memaklumkan pada mereka tentang kewujudan anda di forum-forum, facebook dan sebagainya. Anda juga boleh letakkan email atau nombor talipon anda dalam website anda untuk memudahkan mereka menghubungi anda.

Saya menulis ini adalah sekadar berkongsi ilmu dengan anda. Semoga ianya bermenafaat untuk anda yang ingin memulakan perniagaan di internet ni….

Sekadar berkongsi ilmu… Jom kita bincang diruang komen yang disediakan.

Bukan Senang Nak Senang

2 Jun 2010 1 komen

Cuba kita tanya pada manusia yang ada disekeliling kita. Adakah mereka semua inginkan kesenangan? Tentu jawapannya YA. Tapi bagaimana caranya itu yang menjadi persoalan sekarang ni. Sebenarnya bukan senang untuk menjadi senang. Banyak yang kita perlu tahu dalam mencari kesenangan ni. Tapi jangan sampai kita tertipu.

Anda mungkin pernah ternampak atau terbaca iklan-iklan di dalam internet yang menjanjikan kesenangan seperti dapat duit mudah. Mungkin anda tertarik dengan iklan tersebut. Nasihat saya anda jangan terpikat dengan iklan tersebut sebab anda tak tahu dari mana asal usulnya. Sekarang ni terlalu banyak iklan-iklan seperti ini ada di internet. Buat duit dengan itulah, buat duit dengan inilah dan macam-macam lagi.

Sebenarnya tidak semudah itu untuk anda yang baru dalam internet ni mendapat keuntungan. Banyak yang perlu anda belajar selok- belok perniagaan internet ni. Saya sendiri mengalami perkara ini, dimana saya mulakan perniagaan internet berseorangan tanpa ada 0rang yang membimbing. Jenuh le jugak nak dapat duit. 4 bulan menceburi bidang ini masih belum dapat hasil. Namun berkat kesabaran yang tinggi (puji diri le pulak), saya bertemu dengan apa yang saya cari selama ini.

Sebenarnya perkara yang susah akan menjadi senang kalau kita tahu cara dan teknik-tekniknya. Untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan online ni, saya cadangkan anda dapatkan ebook percuma dahulu dan jangan beli. Banyak ebook percuma ditawarkan pada kita oleh pakar-pakar IM kita dan luar negara. Anda hanya masukkan nama dan emel saja untuk mendapatkannya. Tanya saja pakcik Google dan Makcik Yahoo, mereka akan membantu. Belajar dengan teknik-teknik percuma dahulu kemudian baru anda beli ebook untuk menambahkan lagi kecekapan anda dengan teknik-teknik yang ada.

Untuk mandapatkan ebook percuma dan berbayar, anda dinasihatkan untuk menyertai forum wangcyber.com. Disana pelbagai jenis ebook ada. Anda pilih saja mana yang anda nak. Tak de masalah. Jadi nasihat saya, anda harus bijak dalam merencana perniagaan anda dan jangan terburu-buru dalam mencari kesenangan.

Pemasaran Affiliate dan Perniagaan Di Rumah

26 April 2010 Tinggalkan komen

Hai Salam Sejahtera,

Entri kali ini saya terangkan pada anda mengenai perniagaan yang boleh dilakukan di internet ni dan cara-cara untuk menjadi ahli. Ianya mudah, anda tak perlu ada produk. Janji anda mahu mencuba, pasti boleh lakukannya.

Ramai antara kita mempunyai impian untuk memjadi bos pada diri sendiri. Mengimpikan duit yang banyak dan mempunyai masa kerja yang fleksibel. Namun, ramai yang takut untuk berniaga. Mereka tidak mempunyai modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan atau mereka tidak mahu kehilangan pekerjaan disebabkan terlalu memberi tumpuan pada perniagaan mereka. Dan ada sesetengah dari mereka takut untuk mengeluarkan modal. (takut rugi)

Sebenarnya anda boleh memulakan perniagaan dan berniaga dari rumah tanpa memerlukan duit/modal sama sekali. Tanya pada diri anda, adakah anda mempunyai bilik kosong atau ruangan di rumah anda? Adakah anda mempunyai komputer dengan sambungan internet? Adakah anda memiliki saluran telefon? Jika anda memiliki ketiga-tiga perkara ini, sebenarnya anda mempunyai pejabat di rumah dan anda sudah boleh memulakan perniagaan anda sendiri.

Untuk memulakan perniagaan di rumah, menyertai program affiliate yang dianjurkan oleh pihak atau individu boleh menjadi cara yang hebat bagi anda. Maksud Affiliate adalah agen yang akan menjual produk orang lain. Pendaftaran untuk menjadi agen adalah percuma. Anda juga boleh memilih sama ada ingin menjual produk atau perkhidmatan.

Setelah anda membuat keputusan untuk memilih perkhidmatan atau produk, anda perlu menilai kemampuan diri anda. Di sini saya sarankan anda untuk memilih produk seperti ebook atau sebagainya. Anda harus mengetahui produk yang tengah hangat dipasaran internet pada masa ini. Setelah anda pasti akan produk yang ingin dijual, anda harus mendaftar menjadi agen dengan mendaftar di bahagian bawah sesuatu website yang ada perkataan affiliate, anda klik ditulisan tersebut untuk ke ruang pendaftaran. Di ruang ini anda harus mengisi segala butiran yang dikehendaki. Setelah anda selesai mendaftar, pihak yang menganjurkan program affiliate ini akan menghantar email pada anda untuk pengesahan. Tapi ingat anda kena isi maklumat akaun bank anda yang betul seperti yang diminta agar komisen dapat dihantar terus ke alamat akaun tersbut.

Setelah anda menerima email pengesahan anda akan diberi satu ID dari pihak penganjur untuk anda memulakan pemasaran. Contoh Id yang akan anda terima adalah seperti ini http://www.maskahwin.com/index.php?ref=rosman04. Di bahagian hujungnya ada tertulis nama saya. Itu adalah id saya dalam memasarkan produk mas kahwin. Anda juga akan menerima id seperti ini dimana bahagian hujungnya akan tertulis nama anda atau apa yang anda tulis untuk  pengenalan anda.

Sekarang anda boleh mula mengiklankan produk tersebut di internet dengan pelbagai cara. Saya akan menerangkan cara-caranya pada anda di lain masa. Tapi untuk memudahkan anda, Beli saja buku ni Panduan Bisnes Internet Profesional. Dalam buku ini anda akan diterangkan cara-cara membuat promosi dengan mengunakan ID yang diberikan pada anda tadi.

Saya ucapkan selamat mencuba dan semoga berjaya. Jika anda telah memulakan pemasaran affiliate ni dan telah berjaya, kongsikan kejayaan anda disini agar dapat memberi semangat pada kengkawan kita yang lain.

Hati-Hati Dengan Program Affiliate Dari Luar Negara

20 April 2010 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera Semua,

Saya ada mendapat berita dari rakan-rakan IM yang lain mengenai program affiliate yang dianjurkan oleh orang putih (luar Negara). Ada sesetengah dari mereka yang cuba menipu kita. Jadi saya nak ingatkan pada anda supaya berhati-hati dengan perkara ini.

Terbaru saya dapat tahu ialah Program Pay Per Lead (PPL) yang dianjurkan oleh Justin Michie, Beliau akan membayar sebanyak USD1 kepada sesiapa yang mendaftar email mereka melalui link kita. Satu USD tu banyak tapi anda harus ingat bahawa beliau tidak akan membayar pada kita yang dari Malaysia. IM kita menganggap beliau adalah seorang penipu. Jadi anda mestilah berhenti mempromosikan produk atau program beliau. Kalau boleh buang terus email beliau dalam  senarai email anda.

Kita janganlah mudah terpedaya dengan program-program yang dianjurkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Sebaiknya kita siasat dulu setiap program yang dianjurkan. Caranya adalah dengan bertanya dengan rakan-rakan kita di dalam forum seperti forum wangcyber.com, cara ini adalah lebih baik.

Saya rasa tak payahlah kita nak kejar sangat program yang dianjurkan oleh orang putih ni, sebab kat Malaysia ni pun dah lebih dari cukup program PPL yang dianjurkan oleh pakar-pakar IM kita. Mungkin sebab komisennya sikit itu yang menjadi masalah. Tapi tak apa, kita berpegang pada pepatah orang tua kita iaitu sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul tak apa yang saya katakan ni.

Pada mereka-mereka yang pernah kena tipu dek orang putih ni, ceritakan pengalaman anda disini untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan kita yang lain. Setiap ilmu dan pengalaman yang anda berikan akan mendapat keberkatan dari Allah. Renung-renungkanlah……