Archive

Archive for the ‘Artikel Pilihan’ Category

Artikel Pilihan : Perniagaan vs Program

24 Jun 2010 Tinggalkan komen

Saban hari kita mungkin didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah untuk menjana wang di internet. Ada kaedah yang boleh kita aplikasikan dan ada juga yang tidak masuk akal, terutamanya teknik-teknik yang berasaskan prinsip 4D (Duduk Diam Dapat Duit). Jadi, dalam hal ini kita harus bijak dan berwaspada agar tidak tertipu.

Perniagaan atau program? Ya, dalam usaha menjana wang diinternet kita akan sering mendengar 2 ungkapan ini. Dalam artikel kali ini, saya tak akan membincangkan tentang program mengarut yang sering menipu  orang ramai tetapi saya akan bincangkan mengenai program yang benar- benar sah dan memberikan pendapatan lumayan.

Perniagaan diinternet ialah anda memiliki produk atau servis dan menawarkannya melalui internet sebagai medium promosi. Dalam perniagaan, anda adalah 100% pemiliknya dan mengawalnya secara total. Begitu juga dengan keuntungan, anda mendapatnya secara total namun  kadang kala anda mungkin berkongsi sedikit komisen dengan rakan-rakan yang membantu anda. Itu ialah perniagaan, dimana anda memiliki produk / servis dan menjualnya.

Untuk program pula, contohnya affiliate dan adsense, anda hanya menyertai pengelola program dan menjana wang apabila anda berjaya menghasilkan jualan untuk mereka. Adsense, walaupun tak nampak apa yang dijual tetapi secara tak langsung anda membantu orang ramai klik pada iklan mereka dan mereka akan dapat untung dari cost per click mereka..sebagai ganjaran, anda turut diberikan komisen untuk setiap klik yang anda promosikan. Bagi affiliate, anda bertindak sebagai agen mempromosikan produk yg dijual..komisen pula akan diberikan apabila terdapat jualan melalui link anda.

Namun begitu, mengikuti program sebegini ada kekurangannya kerana:

1. Anda terikat dengan syarat pengelola

2. Program boleh dihentikan bila-bila masa tanpa kerelaan anda

3. Keuntungan tidak begitu besar, sekitar 50% dari harga jualan

4. mempromosikan produk orang lain memerlukan anda memahami produk yang bakal dijual..jika tak, macamana nak menyakinkan orang lain?

5. Kadang kala komisen tidak dijelaskan 😦

Yang baiknya ialah, anda tak perlu berbelanja banyak seperti membeli hosting, domain, buat website dan buat produk sendiri.

Jika anda memilih perniagaan, anda harus mencari produk untuk dijual, buat website dan sebagainya..mungkin juga akan mengambil masa. Namun begitu, ianya memberikan banyak kelebihan:

1. 100% dibawah kawalan anda, bebas untuk letakkan harga yang sesuai

2. Dilihat sebagai pakar, kerana mampu menghasilkan produk yang baik

3. Perniagaan akan tamat apabila anda mahu menamatkannya sahaja,  maknanya ia kekal selagi anda mahu menguruskannya

4. Untung 100%, kecuali anda melantik agen promosi dimana komisen harus dibayar

5. Anda faham apa yang anda cipta, mudah untuk meyakinkan orang ramai

6. Jaminan pembayaran, kerana bayaran dilakukan terlebih dahulu sebelum  produk dihantar.

Perbandingan diatas bukanlah untuk menentukan mana yang baik mana yang buruk tetapi ianya sebagai panduan untuk anda memilih bidang mana yang ingin anda ceburi dan fokus. Kedua-duanya sama baik..tapi untuk menjadikannya lebih efektif, maka anda harus fokus terhadap satu bidang dahulu.

Kalau nak kedua -duanya sekaligus, boleh..tapi, jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat!

Jika tiada kemahiran cipta produk sendiri..sertai program terlebih dahulu. Bila dah berjaya..tuliskan pengalaman kejayaan anda, jadikannya produk dan sertai perniagaan menjual produk informasi pula. Inilah strategi serampang 2 mata… tapi, ianya bukan berlaku sekelip mata kerana semua ini memerlukan masa dan usaha yang gigih.

Semoga artikel ini membantu anda untuk menentukan hala tuju anda apabila menceburi bidang pemasaran internet ini.

========================================================

Julius Salok Kassy merupakan seorang usahawan internet yang telah berkecimpung semenjak 2008 lagi dan menghasilkan beberapa produk yang telah membantu ramai usahawan tempatan. Antara produk beliau yang telah membantu usahawan tempatan ialah ebook Rahsia Pemasaran JV dan Pakej Mini PLR. Beliau juga turut aktif berkongsikan info dan mu melalui blog beliau, http://www.produkplr.com/blog.

==========================================================

Kategori:Artikel Pilihan

Artikel Pilihan : Konsep 3B1T

18 Jun 2010 Tinggalkan komen

Ditulis oleh Saudara Julius Salok Kassy

Dalam perniagaan, setiap orang inginkan keuntungan dan mengharapkan setiap hari ada sahaja pelanggan memberikan anda wang mereka untuk mendapatkan produk anda. Ini memang konsep utama perniagaan..dan saya tak nafikannya.

Tetapi, bagaimana pula jika tidak ada pelanggan yang sanggup membeli produk anda?

Ok, itulah tujuan artikel ini…memberikan sedikit panduan untuk anda, bagaimana anda boleh membina perniagaan yang sentiasa mendapat jualan.

Dalam perniagaan internet, urusniaga dilakukan tanpa bersua muka dan sebab itulah, agak sukar untuk meyakinkan orang ramai agar membeli produk anda. Anda kena bina hubungan yang baik dan tanamkan kepercayaan dari segi kepakaran, keikhlasan serta servis yang baik kepada para pelanggan anda.Kemudian, barulah ada keyakinan dari pelanggan anda untuk berurusniaga dengan anda.

Tapi, bagaimana caranya?

Gunakan konsep 3B1T…konsep ini sering dipraktikkan oleh para otai IM, dan ianya terbukti berkesan. Konsep 3B1T yang saya maksudkan ialah :

BERI + BERI + BERI = TERIMA

Ya, anda kena memberi banyak sebelum menerima banyak juga..ini adil, kerana ia ibarat menabur benih…semakin banyak benih ditabur, semakin banyak hasil tuaian. Apa yang perlu diberi? Mudah…berilah para pelanggan anda info yang berguna dan bermanfaat, disamping berikan juga produk yang baik secara percuma. Dengan cara ini, para pelanggan anda akan gembira kerana anda dilihat benar-benar mahu membantu mereka dan secara umumnya, mereka akan rasa diri mereka dihargai. Dengan menunjukkan kepakaran anda melalui pemberian info-info berguna, para pelanggan anda pasti yakin akan kemampuan dan reputasi anda sebagai ‘specialist’.

Jika anda sentiasa mempromosi produk anda kepada mereka, mereka akan rasa tertekan kerana seolah-olah sedang dipaksa untuk membeli dari anda. Ini menyebabkan mereka akan ‘lari’ atau ‘menyampah’ setiap kali bertemu atau mendapat emel dari anda. Akhirnya, dengan sekali klik emel anda akan didelete atau mereka unsubscribe 😦

Oleh itu, banyakkan memberi sesuatu yang bernilai dan binalah perhubungan yang baik dengan pelanggan anda. Tidak rugi anda berikan produk atau info percuma kepada mereka…kerana apabila mereka mempercayai anda, kuasa beli mereka amatlah kuat.

Dalam konsep 3B1T ini…anda akan mendapat manfaat, begitu juga pelanggan anda. Jadi, tiada siapa yang rugi.

3B1t…konsep yang menjamin keuntungan jangka panjang!

Kategori:Artikel Pilihan

Artikel Pilihan: Minda Yang Betul Untuk Seorang IM

12 Mei 2010 Tinggalkan komen

Ditulis oleh: Saudara Mazlie Nadzrie

Saya pasti sebab utama mengapa seseorang IM  gagal dalam perniagaan internet  adalah kerana mereka TIDAK mempunyai minda  yang betul. Jika anda mahu berjaya dalam bidang ini dan membina empayar online anda sendiri, anda mesti mempunyai rangka pemikiran dan minda yang betul.

Ini penting kerana jika anda tidak mempunyai minda yang positif, anda akan berdepan dengan pelbagai masalah apabila pelan yang dirancang tidak menjadi. Sewaktu anda baru hendak memulakan sesuatu projek , rancangan yang telah anda rangka selalunya akan kucar-kacir pada awalnya. Anda juga mungkin akan terfikir untuk mengaku kalah dan mengangkat bendera putih  tetapi mereka-mereka yang mempunyai pemikiran yang positif akan terus berusaha dan tidak akan mudah berputus asa.

Ramai di antara orang baru mula menceburkan diri dalam perniagaan internet cuba untuk menjana pendapatan dengan cepat tanpa usaha yang banyak, dan cara ini adalah salah sama sekali. Pembinaan empayar online memerlukan kerja keras dan dedikasi yang tinggi, inilah yang menyebabkan 97% daripada mereka  gigit jari dan kecewa.

Tidak wujud langsung kepercayaan yang “kejayaan boleh datang dengan pantas”. Ramai orang mendakwa mereka telah mendapat kejayaan dengan cepat tetapi mereka tidak mendedahkan yang mereka telah melaburkan masa bermalam-malam untuk berada di mana mereka berada sekarang.

Saya hanya berjaya mendapat jualan, komisen hanya pada tahun berikutnya setelah pada tahun pertama saya gagal memperolehi apa-apa jualan samada dari produk sendiri dan affiliate.

Jadi, bagaimana membina pemikiran positif:

  1. Dapatkan bantuan daripada orang yang berjaya, cuba berkawan dengan mereka dan minta mereka untuk membimbing anda.
  2. Cuba baca, dengar dan hayati bahan-bahan ilmu-ilmu berkaitan dan luangkan masa untuk belajar dari ilmu yang anda perolehi untuk berjaya.

Bina pemikiran  yang betul dan anda akan saksikan perubahan yang ketara dalam perniagaan online anda. Bahagian pertama dalam sesuatu kejayaan adalah pemikiran, jadi, mulakan langkah menuju kejayaan dengan minda yang betul.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Mengenai Penulis

MazlieNadzri merupakan Interet Marketer separuh masa. Beliau mula aktif dalam perniagaan interet sejak awal tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi affiliate, penghasilan produk, pemilik servis design, dan pemasangan sistem. Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai multimedia yang kini berada di kedai-kedai buku berhampiran. Maklumat lanjut, layari blog beliau di sini untuk mempelajari ilmu bisnes internet.

Kategori:Artikel Pilihan

Artikel Pilihan : Kita Harus Oportunis

11 Mei 2010 Tinggalkan komen

Ditulis oleh Saudara Julius Salok Kassy

Di dalam perniagaan, kita tidak boleh selalu bersikap ‘tunggu & lihat’…saya tak nafikan, kadang kala kita perlu bersikap sebegini terutamanya jika ia melibatkan sesuatu yang baru dan belum pasti.

Namun, sikap sebegini selalunya menyebabkan kita sering ketinggalan akan peluang – peluang yang baik. Ya, bukan mudah untuk mendapat peluang yang kedua kerana kita tak tahu bila ianya akan datang lagi atau kemungkinan besar kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan lagi peluang tersebut.

Seperti perniagaan internet, ramai yang tahu bahawa ianya adalah model perniagaan yang menguntungkan tetapi tidak ramai yang menceburinya kerana mahu ‘tunggu & lihat’.

Kita harus oportunis…oportunis maknanya bijak dan pantas merebut peluang dan melakukannya sebaik mungkin. Ianya mungkin melibatkan risiko, tetapi sebenarnya hanya 2 risiko sahaja yang terlibat:

1) Anda mungkin mengorbankan masa dan wang ringgit pada awalnya, tetapi usaha anda berbaloi apabila anda mengecapi kejayaan akhirnya kerana memanfaatkan peluang yang ada.

2) Anda langsung tak dapat apa – apa, dan kehidupan anda juga tiada perubahan kerana membiarkan peluang pergi begitu sahaja.

Anda boleh nilaikan sendiri, yang mana satu risiko yang anda ingin tanggung…kemudian, fikirkan samada anda ingin menjadi oportunis atau ‘tunggu & lihat’…

Ini yang saya dapat simpulkan, jika anda mengamalkan sikap ‘tunggu & lihat’, anda akan mula memberi alasan kenapa tidak berjaya :

“ahh..takpelah, itu rezeki dia. Aku belum ada rezeki lagi”

“aku takde produk nak jual, apa boleh buat..”

“Diorang dilahirkan sebagai usahawan, memanglah berjaya..”

Lihat..alasan tersebut hanyalah untuk menyenangkan hati diri sendiri sahaja, tapi hakikatnya jauh di lubuk hati anda pasti mahu berjaya seperti yang lain juga kan? Jadi, jangan biarkan anda menyesal dan menyalahkan orang lain
kerana tak mendesak anda untuk merebut peluang baik tersebut kerana ia adalah pilihan anda…

Oleh itu, jadilah seorang yang oportunis…mudah – mudahan, kejayaan di pihak anda.

Ditulis oleh Saudara Julius Salok Kassy dan laman webnya http://www.produkplr.com/blog

Kategori:Artikel Pilihan