Archive

Archive for Februari 2014

Bertindaklah Jangan Bertangguh lagi…..

5 Februari 2014 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera buat anda semua pembaca yang budiman,

  1. Baru-baru ni saya berjumpa dengan kawan lama yang dah lama tak jumpa.
  2. Kawan saya ni semasa saya jumpa 3 tahun yang lalu mempunyai cita-cita ingin menjadi seorang peniaga ataupun seorang usahawan.
  3. Dia berazam ingin menjadi menjadi seorang peniaga yang berjaya. Apa yang terjadi sekarang ni azam tinggal azam.
  4. Dia masih lagi macam dulu yang penuh dengan keazaman tapi tak pernah buat apa yang diazamkan. Bila ditanya mengapa, dia hanya jawab takut pada kegagalan.
  5. Kita kena bertindak dan jangan bertangguh lagi sebab selagi kita tidak bertindak, kita tak tahu apa yang akan berlaku.
  6. Berjaya atau gagal perkara yang kita rancang bergantung pada usaha yang kita lakukan.
  7. Kalau kita fokus dan memberi sepenuh perhatian pada apa yang kita rancang, in sha Allah kita pasti akan berjaya.
  8. Sebenarnya kita tidak merancang untuk gagal tapi kita gagal untuk merancang.
  9. Jangan azam yang kita buat nanti hanya tinggal azam saja. Jadi bertindaklah bagi memastikan azam kita tercapai.
  10. Bertangguh akan membuatkan kita menjadi lemah untuk mencapai azam yang kita buat.
  11. Tapi sebelum kita membuat azam baru, adalah lebih baik kita renung sejenak pada azam kita yang lepas.
  12. Sudahkah azam kita yang lepas tercapai, kalau masih tak tercapai, cari apakah puncanya dan perbaiki.
  13. Kejayaan kita pada hari ini adalah atas usaha kita yang lepas dan doa orang-orang yang ada sekeliling kita.
  14. Jadi janganlah kita terlalu berbangga dengan kejayaan yang kita capai sebaliknya bersyukurlah pada Allah atas kejayaan tersebut.
  15. Berazamlah dengan penuh semangat dan pastikan ianya boleh dan mudah dicapai.
  16. Carilah buku-buku motivasi untuk dibaca agar diri kita sentiasa bersemangat dalam mencapai azam yang dibuat.
  17. Nasihat saya pada anda bertindaklah jangan tunggu lagi.
  18. Semoga anda berjaya dengan apa yang anda inginkan. In Sha Allah.

 

 

===============================================================================

3 Ebook Pemasaran PERCUMA untuk anda

Memperkenalkan… bukan satu malah 3 ebook strategi pemasaran yang bakal membantu anda menjana pendapatan online. Ya, 3 ebook untuk anda dan yang pasti ianya PERCUMA…..

Klik Disini Sekarang

 

==========================================================================================

Formula Pantas Seru Rezeki

Ebook Ini Bakal Mengubah Aliran Rezeki Menjadi Lebih Lancar Dalam Kehidupan Pembacanya.

Harga hanya RM30 sahaja….Jaminan wang akan dikembalikan 100% dalam masa 30 hari jika gagal.

Klik Disini Sekarang  

===================================================================================

 

 

 

Kategori:Motivasi Diri

Ubat Penyakit Kanser (Cegah Sebelum Terkena)

4 Februari 2014 Tinggalkan komen

Dari Dr. Azimuth ELC

  1. TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!! Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita…
  2. Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg “un-ortodoks” & banyak pesakit Sembuh! Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
  3. Ubat utk Cancer sudah ditemui ! Anda percaya? Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
  4. Pesakit cancer tidak seharusnya mati ! Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan: Makan buah segar dan caranya! Ini sangat informatif!
  5. Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita… Tapi tidak semudah yg kita pikirkan!
  6. Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah. Cara yang tepat makan buah; * JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
  7. BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG. BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!
  8. BAHAYA!Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga boleh membawa pada kembung!
  9. Menurut penelitian Dr Herbert Shelton; Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah-buahan, Anda memiliki; badan yang sihat, Penuh tenaga, Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.
  10. Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus. Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan
  11. Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.
  12. MINUM AIR SEJUK atau AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!
  13. Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU) maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).
  14. Cara Terbaik adalah: Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan
  15. Makan buah segar saat perut kosong.
  16. Semoga info ini dapat memberi manfaat pada kita semua.
  17. BANTU dan SHARE PADA KAWAN-KAWAN. Terima kasih…
  18. https://www.facebook.com/drazimuth2013

=========================================================================================

3 Ebook Pemasaran PERCUMA untuk anda

———————————————————————————————————————————————————–

Memperkenalkan… bukan satu malah 3 ebook strategi pemasaran yang bakal membantu anda menjana pendapatan online. Ya, 3 ebook untuk anda dan yang pasti ianya PERCUMA…..

Klik Disini

 

==========================================================================================

 Formula Pantas Seru Rezeki

———————————————————————————————————————————————————

Ebook Ini Bakal Mengubah Aliran Rezeki Menjadi Lebih Lancar Dalam Kehidupan Pembacanya.

Harga hanya RM30 sahaja….Jaminan wang akan dikembalikan 100% dalam masa 30 hari jika gagal.

Dapatkannya sekarang dengan klik link dibawah ini:

Klik disini

 

=========================================================================================

Kategori:Pelbagai

Gagal Sekali Bukan Bermakna Kita Akan Gagal Untuk Selama-Lamanya

3 Februari 2014 Tinggalkan komen
  1. Kita pernah mencuba untuk melakukan sesuatu yang baru dalam  hidup kita, tapi percubaan kita yang pertama menemui kegagalan.
  2. Apabila kita gagal, kita pasti akan dicemuh oleh mereka-mereka yang tak senang dengan percubaan kita.
  3. Kita pun mulalah berputus asa dan tak mahu mencuba lagi sesuatu yang baru dalam hidup kita.
  4. Semua ini adalah kerana kita takut gagal buat kali keduanya. Kita mula berfikir negetif akan keupayaan diri kita. Semua ini adalah kerana kegagalan yang kita alami.
  5. Kita harus sedar kegagalan yang kita alami bukan penghalang untuk kita mencuba dan terus mencuba.
  6. Kita kena yakin akan keupayaan diri. Kita harus buat lebih baik dari apa yang kita tahu. Hanya kita saja yang tahu apa yang kita mahu.
  7. Kita harus tahu bahawa setiap kegagalan itu pasti ada hikmah disebaliknya atau ada kelemahan yang membuatkan kita gagal.
  8. Jangan kita sekali-kali menyalahkan orang lain atas kegagalan kita. Kita harus terima kegagal tersebut dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif.
  9. Kita kena belajar dari kegagalan sebab kegagalanlah yang membuat kita menjadi orang yang matang dan lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
  10. Jangan difikir apa orang nak kata, sebaiknya fikirkanlah apa yang kita nak lakukan hingga berjaya.
  11. Orang tak boleh nak mengata kalau kita dah berjaya.
  12. Dan kita juga akan merasa puas dan berharga bila kita sudah berjaya.
  13. Maka bangkitlah dan teruskan usaha sehingga apa yang kita inginkan dapat kita capai.
  14. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau baik,maka baiklah kita. Kalau fikir tak baik maka tak baiklah kita.
  15. Saya doakan semoga anda semua berjaya dengan impian anda. Salam Kejayaan dari saya.
Kategori:Motivasi Diri