Utama > Pelbagai > Moga ianya memberi kesedaran pada kita

Moga ianya memberi kesedaran pada kita

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .”Rezeki aku !” Kata lelaki itu dalam hati .Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita…..Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk ‘mendongak’ ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur…Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
semoga dapat dijadikan iktibar.

=========================================================================================

3 Ebook Pemasaran PERCUMA untuk anda

=========================================================================================

Memperkenalkan… bukan satu malah 3 ebook strategi pemasaran yang bakal membantu anda menjana pendapatan online. Ya, 3 ebook untuk anda dan yang pasti ianya PERCUMA…..

Klik Disini Sekarang

==========================================================================================

Formula Pantas Seru Rezeki

==========================================================================================

Ebook Ini Bakal Mengubah Aliran Rezeki Menjadi Lebih Lancar Dalam Kehidupan Pembacanya.

Harga hanya RM30 sahaja….Jaminan wang akan dikembalikan 100% dalam masa 30 hari jika gagal.

Klik Disini Sekarang

Advertisements
Kategori:Pelbagai
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: