Archive

Archive for September 2013

Pesanan Dari Imam Syafie

12 September 2013 Tinggalkan komen

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah..

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu
orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat
dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan
amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik
kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta
sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar
menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan
syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi
para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia
dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Kategori:Pelbagai

Bersyukurlah dengan pemberian Tuhan

4 September 2013 Tinggalkan komen

Hari ini saya nak cerita pasal kehidupan kita sehari-hari. Satu persoalan dari saya mengapa kita harus bersedih? Tak de gunanya kita bersedih sebab apa yang berlaku semuanya adalah kehendak Allah. Semuanya telah ditentukan olehNya. Nak tak nak kita terpaksa terima sama ada ianya baik atau pun tak baik. Kita kena redha atas apa yang berlaku pada kita.

Seharusnya kita bersyukur pada Tuhan yang menjadikan kita. Sebab kesedihan yang kita alami tidak berpanjangan dan tidak mendatangkan kemudaratan yang sangat ketara keatas diri kita. Semua orang tak mahu rasa sedih, disebabkan sifat itu telah ada dalam diri kita, terpaksalah kita melaluinya juga.

Kalau kita rasa sedih dengan ujian dari Allah, fikirkanlah ada manusia lain yang menghadapi ujian lebih besar dan teruk dari Allah Yang Esa. Mungkin ujian yang kita hadapi ini adalah atas kesalahan kita sendiri. Tapi Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan masih lagi bernafas. Apa yang berlaku pada kita semuanya adalah ketentuanNya. Dia saja yang tahu apa yang baik dan apa yang buruk tentang kita. Bersyukurlah sebab ujian yang diberi mungkin untuk menyedarkan kita agar kita tidak tersasar lebih jauh. Terima kasih Allah. Kami sentiasa bersyukur atas apa yang Kau beri.

Semoga hidup kita semua sentiasa di rahmati Allah….Amin

Kategori:Pelbagai

Kenaikkan Harga Minyak

3 September 2013 Tinggalkan komen

Rata-rata semua orang bercerita mengenai kenaikkan harga minyak sebanyak RM0.20. Ada yang marah-marah dan rasa tak puas hati. Ada juga yang mengajak kita semua boikot minyak. Apa-apa pun kita tak boleh nak buat apa dengan hal ini. Keputusan tu terletak ditangan mereka yang memerintah. Tak guna kita marah-marah, kan lebih baik kita fikirkan cara untuk menambahkan pendapatan kita dari yang ada sekarang pada yang lebih baik. Fikirkan cara macam mana kita nak dapat duit lebih untuk menampung keperluan kita yang semakin meningkat. kalau kita boikot minyak, kita nak pakai apa untuk pergi ke sana sini. Minyak adalah satu keperluan yang tak dapat kita elakkan. Nak tak nak terpaksa kita hadap juga. Jadi adalah lebih baik kita fikirkan cara untuk menambah pendapatan kita. Pelbagai cara kita boleh lakukan. Cara yang paling mudah dan santai adalah melalui internat. Apa kata sambil-sambil kita melayari internet atau bersosial dalam laman sosial yang ada sekarang, kita cuba promosikan produk yang kita rasakan sesuai pada mereka yang ada dalam senarai kita. Banyak yang kita boleh jual. Seperti menjual pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak atau jadi agen produk orang lain seperti menyertai affiliate atau dropship. Tak cuba tak tahu. Mana tahu rezeki kita ada kat sini. Sambil bersosial sambil buat duit. Bak kata orang tua-tua ” sambil menyelam sambil minum air”. Jadi sebagai permulaan, mungkin anda semua tak tahu macam mana nak jalankan promosi atau kat mana nak jual, saya ada sediakan anda secara PERCUMA 3 buah ebook  untuk anda pelajari cara pemarasan yang berkesan yang telah digunapakai oleh otai-otai terdahulu. Sabagai langkah pertama, dapatkan ebook yang saya maksudkan disini. Klik link di sebelah ini untuk download http://strategiefektif.com

Harapan saya agar ebook ini dapat membantu anda dalam menjana pendapatan. Salam kejayaan dari saya untuk anda semua.

Percuma Bukan 1 Malah 3 Ebook Mengenai Pemasaran Online

2 September 2013 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera semua,

Agak lama juga saya tak menulis dalam blog ini. Sibuk dengan pelbagai urusan. Tapi masih sempat menyiapkan ebook untuk anda semua buat rujukkan dalam menjalankan perniagaan secara online. Ketiga-tiga ebook ini adalah hasil yang saya usahakan bagi membantu anda yang baru dalam perniagaan online. Semoga ebok ini menjadi panduan dan rujukkan untuk kita semua dalam mencapai kejayaan. Untuk tidak melengahkan masa lagi  dengan lafaz BISMILLAH saya lancarkan ebook ini untuk diberi percuma untuk anda. Semoga kita semua diberkhati Allah… Amin.

bagi anda yang ingin memiliki ebook ini, sila klik link dibawah ini.

http://strategiefektif.com

Semoga kejayaan sentiasa bersama kita……

 

Salam Sejahtera dari saya.

Kategori:Pelbagai Tag:,