Arkib

Archive for Februari 2013

Kenal Pasti Minat Dan Matlamat Anda

13 Februari 2013 Tinggalkan komen

Apabila kita suka atau minat dengan sesuatu perkara, kita akan ghairah untuk melakukannya dan akan memberi kesedaran pada kita yang kita beruntung lahir ke dunia. Ia akan merubah pemikiran, persepsi dan perasaan kita. Ianya juga tidak menjanjikan kehidupan yang mudah dan bukan kehidupan yang kaya ataupun mewah, tapi ianya lebih kepada harapan dan kemungkinan. Berikut adalah beberapa cara untuk anda mengenal pasti minat dan matlamat anda:

1. Jujur dan Ikhlas – Untuk mencari minat dan matlamat anda, anda mestilah jujur dan ikhlas dengan diri anda dan bersedia untuk pengalaman baru yang bakal anda tempohi. Anda mesti tahu apa sebenarnya berlaku pada diri anda? Tahu apa yang sebenarnya membuatkan anda bahagai? Tahu setiap perkara terbaik yang pernah anda lakukan dan membuat anda berasa lengkap.

2. Dapatkan bantuan dan pandangan orang lain – Anda juga mesti menyimpan dalam minda atau fikiran yang anda juga manusia biasa yang sering melakukan kesalahan dan ada kekurangan. Anda memerlukan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan sentiasa berfikiran positif dalam pergaulan yang akan membantu anda mencapai matlamat anda.

3. Buka minda dan lapangkan hati anda – Apabila anda membuka minda dan sentiasa lapang hati, anda pasti akan bersyukut dengan pemberian dari Allah dan anda akan berasa lebih aman dan tenang. Ini membolehkan anda untuk menjadi lebih sabar. Apabila anda melakukan perkara ini, anda akan menjadi lebih positif dan tenang.

4. Beri diri anda masa untuk keseronokan – Adakah anda berasa seronok atau gembira setiap kali anda bangun waktu pagi? Untuk mencari keghairahan terhadap minat dan matlamat anda, anda mestilah membenarkan diri anda masa untuk keseronokan. Bagi kebanyakan orang, keseronokan boleh mendorong berlakunya kecuaian kerana ia tidak produktif dan menghalang anda daripada melakukan perkara-perkara penting. Sebenarnya ia adalah pandangan yang tidak benar. Sebenarnya apabila anda seronok dan gembira ianya baik untuk kesihatan anda dan menjadikan anda lebih produktif. Dengan membenarkan diri anda berasa seronok dan gembira akan membuatkan anda lebih fokus dan bersemangat.

5. Terimalah diri anda seadanya- Seseorang yang minat dan seronok dalam melakukan sesuatu perkara adalah orang yang benar-benar bijak. Mereka akan melakukan kerja yang mencerminkan keperibadiannya dan pasti menjanjikan kebahagiaan dan kepuasan sepanjang hayatnya. Mereka akan menerima diri mereka seadanya dan membenarkan orang lain untuk menerima mereka.

6. Tetapkan diri anda dengan ikrar – Ikrar adalah penting dalam mencari minat dan matlamat kerana ia membuatkan anda merasa selamat dan yakin tentang mencapai matlamat anda. Ramai orang tidak berani berikrar kerana mereka takut kepada kegagalan dan takut pada janji yang dibuat. Anda harus membenarkan diri anda untuk berasa marah oleh beberapa kemerosotan dan kegagalan yang telah anda lakukan. Ingatkan diri anda semula bahawa anda harus berada dilandasan yang betul dalam mencapai matlamat anda. Sesetengah orang mungkin akan memberikan pandangan negatif apabila anda gagal. Ia tidak begitu mudah untuk keluarkan mereka dari hidup anda. Anda harus tabah dan sabar dalam menghadapi mereka-mereka ini dan anda harus jadikan pandangan negetif mereka sebagai satu cabaran dalam mencapai matlamat anda. Tenag dan sabar adalah senjata orang-orang yang Berjaya.

Sehingga kita berjumpa lagi di entri yang akan datang. Wassalam……

Advertisements
Kategori:Pelbagai

Lakukanlah Apa Yang Anda Suka

8 Februari 2013 Tinggalkan komen

Sedikit Tip motivasi dari saya untuk renungan kita semua. Saya harap ianya dapat membantu menaikkan semangat kita dalam mencapai apa yang kita inginkan.

Adakah anda tahu bahawa anda sebenarnya boleh memperolehi sesuatu yang lebih baik dari apa yang anda ada sekarang? Jika anda berasa seperti anda terperangkap dalam pekerjaan anda sekarang, anda perlu memikirkan semula hidup anda dan di mana anda berada?. Anda adalah pemandu kenderaan anda sendiri dan anda membuat keputusan ke  mana anda akan pergi. Tetapi kita hanya manusia biasa  pasti ada melakukan kesilapan dan jadikan kesilapan tersebut sebagai panduan sepanjang perjalanan anda.

Anda boleh menjadi lebih mencabar. Kehidupan anda boleh menjadi lebih menyeronokkan, terutamanya apabila anda mengikuti perkara-perkara yang anda benar-benar suka dan memperolehi hasil yang anda harapkan. Inilah perkara yang dilakukan oleh orang-orang yang telah berjaya.

Adakah anda berada di tempat di mana anda merasakan diri anda sudah terlalu selesa?  Jika anda telah bekerja keras dan memperolehi apa yang anda inginkan dan tidak ada apa lagi yang anda ingin lakukan. Melalui masa dan usaha, anda sebenarnya telah menguasai diri anda. Anda tahu bagaimana untuk bekerja dan anda tidak akan masuk ke dalam apa-apa masalah. Semua yang anda perolehi telah cukup untuk membuatkan anda hidup senang dan memiliki wang yang banyak. Adakah semua ini telah anda capai? Jika tidak, maka mungkin sudah tiba masanya untuk anda keluar dari zon selesa anda.

Anda perlu mengambil risiko untuk mengetahui keupayaan anda. Anda tidak perlu takut untuk gagal kerana itu adalah sebahagian dari kejayaan yang bakal anda miliki. Anda hanya perlu belajar dari kesilapan anda sendiri. Jadikan kesilapan anda itu satu kekuatan untuk anda terus maju dalam mencapai impian anda.

Jika anda benar-benar suka apa yang anda lakukan, anda pasti akan berjaya. Keghairahan anda dalam melakukan sesuatu perkara sebenarnya boleh membawa kejayaan pada anda jika melakukannya dengan betul dan pasti akan membawa keuntungan pada diri anda.

Apabila anda suka apa yang anda lakukan, ianya pasti akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti.  Ia juga akan mencerminkan kehidupan anda dan sikap anda terhadap apa-apa yang  bakal anda lakukan.

Tetapi menetapkan matlamat yang betul dan mencari apa yang anda suka,mungkin bukan sesuatu yang mudah. Anda perlu berfikir dengan bijak dan tahu apa yang anda inginkan dalam hidup anda.

Saya akan kongsikan dengan anda cara untuk menetapkan matlamat dan apa yang patut anda lakukan. Tunggu post terkini dari saya…..

Kategori:Motivasi Diri