Arkib

Archive for Disember 2012

Jangan Mudah Berputus Asa

31 Disember 2012 4 comments

Salam Sejantera buat pembaca setia blog saya ini. Kali ini kita carita mengenai sikap kita yang mudah putus asa. Sebenarnya ianya tidak baik untuk diri kita. Buangkannya sejauh yang boleh. Tanamkan impian dan bulatkan tekad untuk terus berusaha mencapai impian anda.

Semua orang impikan kehidupan yang lebih baik dari yang ada sekarang. Kita berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan. Pelbagai cara kita buat agar hidup kita menjadi lebih baik. Berusaha dan terus berusaha sehingga impian kita tercapai. Berusahalah tanpa mengenal jemu dan jangan berputus asa. Hanya orang yang gagal saja akan berputus asa. Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Cari silap dan punca-punca kegagalan tersebut. Perbaiki kesilapan yang berlaku dan jangan diulangi kesilapan yang telah dilakukan.

Saya pasti anda akan berjaya jika ini yang anda lakukan. Perbaiki kelamahan diri dan perbetulkan apa yang tersilap. Jangan salahkan orang lain atas kesalahan atau kesilapan yang anda lakukan sehingga anda gagal mencapai impian anda. Berusaha dan terus berusaha. Yakinlah bahawa kejayaan pasti ada jika anda berusaha tanpa mengenal jemu.

Buang rasa malu yang ada dalam diri anda. Jangan takut dan jangan malu jika anda gagal. Biarkan orang lain ketawa melihat anda gagal. Ketahuilah sebenarnya mereka bukan ketawa kerana anda gagal tapi mereka takut jika anda berjaya. Kerana kejayaan yang bakal anda kecapi nanti bakal mencabar pendirian mereka. Bak kata pepatah Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya. Jangan toleh kebelakang. Pandanglah kehadapan dan teruskan usaha bagi mencapai impian murni anda itu. Allah pasti bersama anda.

Disamping itu jangan lupa berdoa pada Allah. Agar setiap apa yang anda lakukan dan setiap apa yang anda usahakan mendapat keberkhatan dari Tuhan Yang Maha Esa. Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu jika dia tidak mahu berubah. Restu dari ibubapa juga adalah penting untuk anda dapatkannya. Tanpa restu dari mereka  segala usaha anda akan menjadi sia-sia. Allah juga tidak akan merestui anda jika anda tidak direstui oleh ibubapa anda sendiri. Mohonlah restu dari mereka Insya Allah anda akan berjaya.

Sehingga berjumpa lagi dientri yang akan datang.

Wassalam…..

Advertisements
Kategori:Motivasi Diri

Untuk Berjaya Kita Harus Berubah

31 Disember 2012 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera buat pembaca blog saya semua. Atas permintaan ramai blog ini terpaksa saya teruskan. Kata mereka blog ini senang dan mesra pengguna. Tak tahulah betul ke tidak. Maknanya saya tak boleh nak tinggalkan terus blog ni. Baiklah jom kita teruskan pada tajuk yang ingin saya sampaikan pada anda semua.

Mungkin anda akan bertanya pada saya, apakah maksud tajuk yang kita bincangkan ni? Sebenarnya kejayaan yang ingin kita miliki bukan hanya  datang dari persekitaran kita saja. Tapi sebaliknya datang dari dalam diri kita sendiri.

Kita sebenarnya yang memprogramkan diri kita agar tidak berjaya. Cuba kita lihat diri kita dari sudut fizikal. Pakaian yang kita pakai ada kalanya tidak melambangkan sebagai seorang yang berjaya. Bukan maksud saya yang kita kena pakai baju yang mahal-mahal atau baju baru. Baju lama yang nampak lusuh kalau kita pakainya dengan kemas pasti akan menampakkan suatu kelainan.  Maknanya kita kena sentiasa kemas dalam berpakaian. Agar kita nampak  segak dan bersemangat. Ianya kita lakukan bukan untuk ditunjukkan pada orang lain tapi untuk diri kita sendiri. Kita akan rasa lebih bersemangat bila kita lihat diri kita dalam cermin dalam keadaan kemas dari sebelumnya. Kalau tak percaya cubalah ubah imej diri anda sekarang. Anda pasti akan rasa kelainannya.

Disamping berpakaian kemas, gaya berjalan dan tutur kata juga memainkan peranan dalam membentuk peribadi kita.  Jadi ubah gaya berjalan dan tutur kata anda. Pasti anda akan merasai perubahannya.

Jika dulu anda berjalan dengan perlahan dan tidak menyakinkan, maka sekarang ubahlah dengan berjalan sedikit laju dan penuh bersemangat. Begitu juga dengan tutur kata. Jika dulu anda bila bercakap dengan orang lain, agak lembut dan perlahan intonasi suara anda. Ubahlah, bercakaplah dengan orang lain dengan suara yang tegas dan penuh keyakinan. Jika anda buat semua ini, bukan saja anda yang merasai kelainan tentang perubahan anda malah orang lain juga akan merasa yakin akan diri anda. Berubahlah dari sekarang.

Ubahlah penampilan anda agar orang lain yakin dengan anda. Dan berubahlah dari sikap yang negetif kepada sikap positif. Anda kena positif dalam semua perkara yang anda lakukan. Sebaiknya jangan cari kelemahan orang lain. Nilai dulu diri anda dan kemudian perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Jadikan kelemahan anda itu satu kekuatan untuk anda terus berusaha sehingga anda berjaya. Pegang kata-kata saya ini Insya Allah anda akan berjaya.

Sehingga berjumpa lagi di entri yang akan datang……

Wassalam….

Kategori:Motivasi Diri