Archive

Archive for November 2010

Sayangi dan Terima Diri Kita Seadanya….

7 November 2010 Tinggalkan komen

Selalunya kita gagal dalam percubaan pertama dalam apa jua perkara. Ada sesetengah antara kita apa bila gagal pada percubaan pertama, langsung tak mahu mencuba untuk kali kedua. Bila ditanya mengapa? Mereka akan berkata yang mereka dilahirkan bukan untuk berjaya. Mereka akan meyalahkan diri mereka. Pelbagai kata-kata dan ungkapan digunakan untuk meyalahkan diri mereka. Mereka sebenarnya tidak bersalah bila menyalahkan diri sendiri. Sebenarnya orang-orang seperti ini adalah mereka-mereka yang dibelenggu oleh pemikiran atau persekitaran masa lampau. Mungkin pada masa lalu mereka pernah dianggap seorang yang gagal oleh keluarga atau rakan-rakan mereka. Sejarah tersebut yang membuatkan mereka rasa yang mereka tidak layak untuk membuat perubahan atau percubaan untuk mencapai kejayaan pada masa sekarangdan akan datang. Bila mereka ini mencuba dan gagal mereka akan meyalahkan diri mereka atas kegagalan tersebut. Mereka tidak pernah mengkaji sebab-sebab mereka gagal.

Selalunya orang-orang seperti ini akan bersyukur dengan apa yang mereka dapat dan mereka tidak akan berusaha untuk mencapai yang lebih baik dalam hidup mereka sedangkan mereka mampu dan boleh melakukannya. Orang-orang seperti ini akan mengatakan pada diri mereka yang mereka adalah orang yang malang dan tidak akan berjaya kalau buat sesuatu. Mereka akan menjadi orang yang sering menyalahkan diri sendiri. Nasihat yang boleh diberi pada orang-orang seperti ini adalah “berhenti dari memikirkan yang tidak baik tentang diri kita”.

Anda kena berubah menjadi anda yang baru. Kita kena cakap dengan diri kita bahawa kita adalah seorang yang hebat dan tidak ada orang lain yang sama macam kita. Anda adalah diri anda dan anda adalah apa yang anda fikir. Jika anda melakukan kesalahan, anggaplah kesalahan tersebut satu pengalaman dalam mencapai apa yang anda impikan. Jangan terima apa orang kata yang tidak baik tentang diri anda. Anda seharusnya memikirkan yang baik tentang diri anda. Anda adalah seorang yang hebat.

Salah satu cara untuk anda berjaya dalam hidup ini adalah sayangi diri anda. Sering berkata yang baik-baik pada diri anda. Jika anda ada kelemahan, tidak semestinya kelemahan tersebut boleh membuatkan anda gagal. Jadikan kelemahan tersebut satu kekuatan untuk anda berjaya. Banyak lagi kelebihan dan kebaikan yang ada pada diri anda berbanding kelemahan anda. Salah satunya ialah jika anda sudah berkahwin, adakah anda seorang suami atau isteri yang disayangi oleh pasangan anda? Adakah pasangan anda senang dengan diri anda? Jika anda mempunyai anak dengan pasangan anda, adakah mereka bahagia dengan anda? Adakah mereka mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari anda? Jika semua persoalan yang diajukan jawapannya “Ya”, anda sebenarnya seorang yang hebat. Ketahuilah, tidak semua orang bahagia dengan pasangan mereka dan tidak semua anak-anak mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari kedua orang tua mereka. Tapi anda dapat memberikan kebahagiaan dan kasih sayang pada pasangan dan anak-anak anda. Bukankah anda seorang yang hebat?

Jadi sayangilah diri anda dan terima diri anda seadanya. Jangan menyalahkan diri anda jika anda gagal percubaan pertama sebaliknya anda kaji mengapa ianya gagal dan baiki kesilapan tersebut untuk percubaan seterusnya. InsyaAllah anda pasti akan berjaya. “Anda adalah apa yang anda fikirkan”. Jika baik anda fikirkan, maka baiklah ia tapi jika buruk yang anda fikirkan maka buruklah ia. Jadi fikir-fikirkanlah…..

Kategori:Motivasi Diri

Maafkanlah….

6 November 2010 Tinggalkan komen

Dalam kehidupan kita sehari-hari. Apa bila kita melakukan kesalahan, kita akan menerima tomahan dan kata-kata yang kurang sedap didengar dari orang sekeliling dan dari dalam diri kita sendiri. Kita pasti akan rasa tertekan bila mendengar orang bercerita yang kurang baik tentang diri kita. Kadang kala dalam diri kita juga mengata akan diri kita sendiri. Kita akan rasa tidak selesa dengan cerita-cerita yang kita dengar. Sesetengah orang akan berasa marah bila mendengar dirinya menjadi bahan bualan. Orang sekeliling kita pasti akan bercerita tentang kesalahan dan kelemahan kita.  Kita akan rasa tertekan dan membuatkan kita jadi pemarah bila kita memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang lain terhadap kita. Lama-lama kita boleh kena darah tinggi.

Jadi untuk  memulihkan keadaan diri kita, kita harus bersikap positif terhadap orang lain. Jangan cepat gelabah bila diri kita menjadi bahan bualan. Dan jangan marah bila dalam diri kita mengatakan yang buruk tentang kita. Untuk menghilangkan rasa tertekan dan marah, kita haruslah menjadi seorang pemaaf. Maafkanlah diri dalam kita. Beritahu dalam diri yang kita adalah seorang yang baik dan juga seorang yang memaafkan.  Terima diri kita seadanya. Jangan peduli apa orang kata. Memaafkan orang lain yang melakukan kesalahan atau yang mengata kita akan membuatkan kita rasa tenang dan selesa. Anggaplah yang mereka tak tahu apa yang kita lakukan. Bersangka baiklah pada orang sekeliling kita. Biarkan apa yang hendak mereka kata tentang kita. Kita tahu ianya tidak akan menjejaskan kita.

Memang susah untuk memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan atau mengata kita. Tapi lagi susah kalau kita tidak memaafkan mereka. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjadi pemaaf. Antaranya ialah:

1. Apa bila rasa marah, ambillah air sembanyang dan beristifarlah memohon keampunan dari Allah.
2. Sentiasa berfikiran positif. Fikir yang baik tentang orang sekeliling kita.
3. Jangan ambil kisah apa orang nak kata. Kita tahu apa yang kita lakukan.
4. Sentiasa berhati-hati apa bila melakukan sesuatu agar tidak menjadi bahan bualan orang.

Disini saya terangkan satu cara yang amat berkesan pada anda untuk memaafkan orang dan anda akan rasa lega dan ceria bila melakukannya. Iaitu sebelum kita tidur (semasa berbaring hendak tidur) kita cakap dengan diri kita yang kita maafkan si polan bin si polan (sebut satu-satu nama orang yang buat salah atau mengata kita). Dan apa biloa anda bangkit dari tidur pada esoknya, anda pasti akan rasa lega dan aman tenteram hidup anda. (cuba amalkan)

Cuba amalkan apa yang saya katakan ini. Tak rugi kalau kita amalkan.

Kategori:Motivasi Diri