Archive

Archive for September 2010

Buatlah Amal Dengan Blog

19 September 2010 Tinggalkan komen

Sejak akhir -akhir ini saya tengok banyak blog baru yang muncul dalam dunia internet ni. Semua orang ingin berblog. Rata-rata yang memiliki blog, adalah semata-mata ingin buat duit dengan blog mereka. Inilah satu gejala yang tak sihat yang sedang tumbuh bagai cendawan dalam dunia internet ni.  Apabila kita lihat blog yang mereka hasil, kebanyakkannya tidak berkualiti. Malah ada yang langsung tidak ada arah tujuan apabila menulis dalam blog mereka. Tujuaan yang ada hanya satu iaitu buat duit dengan blog yang mereka hasilkan. Sebab itulah penulisan dalam blog mereka tidak berkualiti. Mereka ini tidak mengambil berat dengan kualiti penulisan. Apabila blog yang dihasilkan tidak berkualiti maka, blog-blog seperti ini akan gagal dipertengahan jalan. Blog yang dihasilkan tidak dikemaskini dari masa ke semasa.

Pada saya apabila kita menghasilkan sesebuah blog, kita harus jaga kualitinya agar blog kita sentiasa dibaca oleh orang yang dahagakan sesuatu. Tak salah kalau kita menabur budi dan buat amal ibadat dengan blog.  Kita berikan sesuatu yang berguna pada pembaca blog kita agar mereka mendapat ilmu darinya. Jadikan blog anda tempat untuk membantu orang lain dan memberi pertolongan pada yang memerlukan. Kita juga kena ikhlas dalam penulisan. Jangan dok tulis benda yang kita nak jual saja. Tulislah sesuatu yang berfaedah yang bleh dikongsikan dengan pembaca blog kita. Kita juga boleh memberikan nasihat, pandangan dan ilmu yang menafaat untuk digunakan oleh pembaca kita.

Jadi saranan saya, kita kena jujur dan ikhlas dalam berblog. Kalau kita review sesuatu produk pun biarlah ikhlas dan jujur menjadi sandaran. Jika kita jujur dan ikhlas dalam berblog, banyak idea akan kita dapat untuk menghasilkan sesuatu penulisan. Percayalah. Dan kita juga akan dipandang tinggi oleh pembaca. Dan jika ramai yang membaca dan mengikuti blog kita serta percaya dan suka apa yang kita tulis, mereka pasti akan membeli apa yang kita jual atau sarankan pada mereka.

Jadikan blog kita tempat untuk mereka bertanya mengenai sesuatu produk yang ingin mereka beli. Berilah pandangan dan saranan yang seikhlas-ikhlasnya mengenai produk tersebut. Jangan mendesak mereka untuk membeli. Biarkan mereka membuat keputusan.

Akhir sekali pesanan dari saya jangan kita memikirkan keuntungan yang akan kita perolehi dari blog kita sebaliknya fikirkan apa kebaikkan dan keuntungan yang pembaca dan pengunjung blog kita dapat dari blog kita.

Kategori:Motivasi Diri

Mencari Ketenagan Dalam Hidup

11 September 2010 2 comments

Dalam hidup ini, kita kena ada sifat yang baik dan disukai oleh orang lain. Kita seharusnya menjadi yang terbaik di kalangan orang lain. Agar diri kita menjadi contoh pada rakan-rakan kita. Kita juga harus mempunyai ketenagan dalam menjalankan kerja harian kita. Untuk mecapai ketenagan dalam hidup, sebenarnya taklah susah sangat. Ianya akan menjadi mudah kalau kita mengamalkannya. Disini saya akan kupas 3 perkara utama untuk mendapat taraf ketenangan yang tinggi iaitu:-

  1. Sentiasa memaafkan orang lain yang buat salah pada kita. Kita seharusnya mempunyai sifat pemaaf kerana ianya dapat memberi kita ketenangan dalam mengharungi hidup. Sifat memaafkan ini amat baik jika kita amalkan sebab jiwa kita juga akan tenang. Maafkanlah jika ada sesiapa melakukan kesalahan pada kita. Kita tak akan rugi jika kita memaafkan mereka malah kita akan dipandang tinggi dikalangan mereka. Percaya atau tidak, sifat memaafkan ini dapat mengurangkan rasa tertekan dalam hidup kita. Kita pasti akan merasa puas apabila kita memaafkan orang yang bersalah pada kita. Cubalah lakukannya. Tak rugi jika anda mencuba.
  2. Sentiasa memohon maaf pada orang lain atas kesalahan kita. Mungkin kita rasa kurang selesa untuk melakukan perkara ini. Tapi percayalah, jika anda melakukannya, anda pasti akan merasa lega dan tenang.  Kebanyakkan kita agak sukar untuk mengakui kelemahan dan kesalahan sendiri. Apabila melakukan kesalahan, kita pasti akan menuding jadi pada orang lain. Ini adalah satu sifat yang tak baik untuk diamalkan. Jangan salahkan orang lain jika kita melakukan kesalahan. Tak rugi kalau kita mengakui kesalahan kita. Yang penting mohonlah maaf pada orang lain jika kita melakukan kesalahan. Akuilah kesalahan dan kelemahan yang kita lakukan dan perbaikinya adalah lebih baik dari kita menuding jari pada orang lain. Sampai bila pun kita tak akan maju jika kita tak mahu mengaku dan tak mahu perbaiki setiap kesalahan yang kita lakukan.
  3. Sentiasa ucapkan “Terima Kasih” apabila menerima atau mendapat sesuatu. Tak salah dan tak rugi kalau kita mengucapkan terima kasih pada orang lain yang telah membantu atau memberi kita sesuatu. Dari kajian yang dibuat, kebanyakan orang kita agak susah untuk mengucapkan kalimat ini. Apabila kita mengucapkan terima kasih pada mereka yang memberi atau membantu kita, kita sebenarnya memotivasikan diri kita sendiri.  Kita akan rasa terpanggil untuk melakukan yang lebih baik dari apa yang dilakukan oleh orang lain. Kita akan merasa malu apabila menerima bantuan dari orang lain. Apabila kita mengucapkan terima kasih, bermakna kita akui akan kelemahan kita dan ini akan memberi kita semangat yang tinggi untuk membantu mereka yang telah membantu kita. Percayalah apa yang saya katakan ini. Lakukanlah. Tak rugi pun.

Kalau kita berpegang pada 3 perkara ini, insyaallah kita akan merasa aman dan tenang dalam mengharungi kehidupan kita sehari-hari. Percayalah, walau ianya nampak simple atau biasa-biasa saja, sebenarnya ia berkesan jika kita amalkannya.

Kategori:Motivasi Diri

Tip Pemasaran Affiliate

11 September 2010 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera pada semua,

Macammana dengan hari anda? Semoga gembira hendaknya. Kali ini saya ingin memberi sedikit tip pemasaran affiliate yang berjaya.  Sekarang ni mungkin anda dah bersedia untuk memulakan perniagaan internet anda yang pertama. Sebenarnya anda telah melakukan sesuatu yang betul jika anda mengambil tindakan untuk mula menjana pendapatan di internet. Mungkin anda tidak rasa tertekan dengan melibatkan diri dalam pemasaran affiliate, tapi anda kena tahu, walaupun ianya tiada risiko, anda harus mengendalikannya dengan baik sama seperti perniagaan yang lain. Maksudnya jangan ambil mudah dalam pemasaran affiliate ini. Jika anda serius dalam pemasaran affiliate, anda pasti akan mendapat keuntungan dan pendapatan yang lumayan. Pada ertikel kali ini, kita akan lihat jalan atau cara untuk memastikan pemasaran affiliate yang anda ceburi ini mencapai kejayaan dan berjalan lancar. Dengan mengikuti cadangan-cadangan yang disyorkan disini, perniagaan pemasaran affiliate anda akan beroperasi dengan baik dan sentiasa berada di landasan yang betul.

Langkah pertama dalam memulakan apa saja perniagaan baik secara online atau offline ialah kenal pasti permintaan. Dengan program pemasaran affiliate, anda akan diberitahu tahap jualan porduk tersebut. Ianya akan memudahkan anda untuk membuat penilaian. Kenal pasti permintaan pasaran dengan menggunakan cara ini iaitu anda sepatutnya tinggalkan saja produk yang sering berada dipasaran (maksudnya tiru produk orang lain). Anda sepatutnya tahu apa yang orang atau pelanggan inginkan dan perlukan. Dengan cara ini, objektif jualan anda akan berjalan dengan berkesan.

Langkah keduanya ialah jangan terikat dengan satu produk. Anda perlu kukuhkan kedudukkan anda dalam pasaran dengan membuat tawaran lain dari yang lain. Kebanyakkan program affiliate menawarkan beberapa pilihan dan ianya bagus untuk anda sertainya. Jika anda hanya menjual satu produk atau item saja akan memperlihatkan yang perniagaan anda sebagai perniagaan jangka pendek. Jadi anda harus pelbagaikan perniagaan anda.

Dalam langkah ketiga pula, anda harus melihat perniagaan anda berbeza dari perniagaan orang lain. Walaupun perniagaan yang anda ceburi ini hanya pemasaran affiliate, biarlah ianya berbeza dengan pesaing anda. Apa yang anda tawarkan adalah amat berbeza dari pesaing anda. Anda harus gunakan kebijaksanaan anda untuk bercerita tentang kelebihan yang ada pada diri dan perniagaan anda. Tapi jangan sesekali merendah-rendahkan pesaing anda
sebab ini akan membuatkan anda dipandang serong oleh orang lain. Anda hanya perlu ceritakan tentang keuntungan dan kelebihan yang bakal pelanggan dapat jika membeli dari anda.

Yang keempat, anda harus sentiasa buat yang terbaik dan memberikan service yang effisen pada pelanggan anda. Namun, kadang-kadang kebanyakkan pelanggan mempunyai sifat pemaaf jika mereka tahu akan masalah yang anda hadapi. Anda sepatutnya memastikan pelanggan anda berada dalam keadaan yang selesa dan berpuas hati apabila membeli produk dari anda. Sentiasalah pikat hati pelanggan anda.

Akhir sekali, pastikan pelanggan anda rasa gembira. Jika mereka gembira dan berpuas hati, mereka pasti akan membeli lagi dari anda jika ada produk terbaru anda tawarkan pada mereka. Berilah pelanggan anda sedikit insentif jika membeli dari anda, mereka pasti akan gembira.

Pemasaran affiliate adalah yang terbaik dalam menjana pendapatan sebab ianya tiada risiko tapi sama seperti perniagaan lain di mana anda harus bekerja keras untuk membuat jualan dan menjaga hati pelanggan. Jika mereka gembira, anda akan untung (win-win situation). Anda perlu memastikan yang anda berbeza dari yang lain dan melindungi perniagaan anda jika berlaku kegagallan. Dengan mengikuti cadangan-cadangan dalam artikel ini, anda berada dilandasan yang betul untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan anda.

Sekian sahaja dari saya semoga kita berjumpa lagi di artikel yang lain.