Archive

Archive for Julai 2010

Kejayaan Sesebuah Perniagaan Bukan Bergantung Pada Produk Yang Canggih Saja

7 Julai 2010 Tinggalkan komen

Mungkin anda kurang senang dengan apa yang saya katakan ini. Tapi sebenarnya ini adalah hakikatnya dan anda tak perlu terkejut dengan kenyataan yang saya buat ini. Secanggih mana sekali pun produk anda, kalau anda gagal untuk memasarkannya, maka gagallah perniagaan anda. Dalam perniagaan internet atau pun offline, pemasaran adalah sangat penting. Bagaimana orang nak beli produk anda jika mereka tidak tahu yang produk tersebut sebenarnya wujud. Jadi apa yang penting adalah pemasaran. Ada pemasaran atau promosi maka adalah jualan. Bagaimana anda boleh berjaya jika produk yang anda jual tidak laku?

Namun ketahuilah bahawa bukan senang untuk memasarkan sesuatu produk, lebih-lebih lagi membuat promosi dalam internet ni. Sebab anda tidak bersemuka dengan pelanggan anda dalam berurusniaga dan mereka pasti tidak yakin akan sesuatu yang anda pasarkan. Apa yang penting disini, anda harus memasarkan produk anda dan cuba untukĀ  mendapatkan kepercayaan pelanggan anda. Tanpa kepercayaan, adalah amat sukar untuk anda berurusniaga di internet ni, sebab kewujudan skim-skim penipuan yang tidak bertanggungjawab inilah yang membuatkan pelanggan mengambil sikap berhati-hati.

Janganlah anda rasa risau dengan kenyataan saya ini. Apa yang penting, kejayaan sesebuah perniagaan adalah promosi dan terus promosi. Untuk membuatkan pelanggan percaya pada anda, ada banyak cara yang boleh digunakan salah satunya ialah dengan memaklumkan pada mereka tentang kewujudan anda di forum-forum, facebook dan sebagainya. Anda juga boleh letakkan email atau nombor talipon anda dalam website anda untuk memudahkan mereka menghubungi anda.

Saya menulis ini adalah sekadar berkongsi ilmu dengan anda. Semoga ianya bermenafaat untuk anda yang ingin memulakan perniagaan di internet ni….

Sekadar berkongsi ilmu… Jom kita bincang diruang komen yang disediakan.