Arkib

Archive for Jun 2010

Artikel Pilihan : Perniagaan vs Program

24 Jun 2010 Tinggalkan komen

Saban hari kita mungkin didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah untuk menjana wang di internet. Ada kaedah yang boleh kita aplikasikan dan ada juga yang tidak masuk akal, terutamanya teknik-teknik yang berasaskan prinsip 4D (Duduk Diam Dapat Duit). Jadi, dalam hal ini kita harus bijak dan berwaspada agar tidak tertipu.

Perniagaan atau program? Ya, dalam usaha menjana wang diinternet kita akan sering mendengar 2 ungkapan ini. Dalam artikel kali ini, saya tak akan membincangkan tentang program mengarut yang sering menipu  orang ramai tetapi saya akan bincangkan mengenai program yang benar- benar sah dan memberikan pendapatan lumayan.

Perniagaan diinternet ialah anda memiliki produk atau servis dan menawarkannya melalui internet sebagai medium promosi. Dalam perniagaan, anda adalah 100% pemiliknya dan mengawalnya secara total. Begitu juga dengan keuntungan, anda mendapatnya secara total namun  kadang kala anda mungkin berkongsi sedikit komisen dengan rakan-rakan yang membantu anda. Itu ialah perniagaan, dimana anda memiliki produk / servis dan menjualnya.

Untuk program pula, contohnya affiliate dan adsense, anda hanya menyertai pengelola program dan menjana wang apabila anda berjaya menghasilkan jualan untuk mereka. Adsense, walaupun tak nampak apa yang dijual tetapi secara tak langsung anda membantu orang ramai klik pada iklan mereka dan mereka akan dapat untung dari cost per click mereka..sebagai ganjaran, anda turut diberikan komisen untuk setiap klik yang anda promosikan. Bagi affiliate, anda bertindak sebagai agen mempromosikan produk yg dijual..komisen pula akan diberikan apabila terdapat jualan melalui link anda.

Namun begitu, mengikuti program sebegini ada kekurangannya kerana:

1. Anda terikat dengan syarat pengelola

2. Program boleh dihentikan bila-bila masa tanpa kerelaan anda

3. Keuntungan tidak begitu besar, sekitar 50% dari harga jualan

4. mempromosikan produk orang lain memerlukan anda memahami produk yang bakal dijual..jika tak, macamana nak menyakinkan orang lain?

5. Kadang kala komisen tidak dijelaskan 😦

Yang baiknya ialah, anda tak perlu berbelanja banyak seperti membeli hosting, domain, buat website dan buat produk sendiri.

Jika anda memilih perniagaan, anda harus mencari produk untuk dijual, buat website dan sebagainya..mungkin juga akan mengambil masa. Namun begitu, ianya memberikan banyak kelebihan:

1. 100% dibawah kawalan anda, bebas untuk letakkan harga yang sesuai

2. Dilihat sebagai pakar, kerana mampu menghasilkan produk yang baik

3. Perniagaan akan tamat apabila anda mahu menamatkannya sahaja,  maknanya ia kekal selagi anda mahu menguruskannya

4. Untung 100%, kecuali anda melantik agen promosi dimana komisen harus dibayar

5. Anda faham apa yang anda cipta, mudah untuk meyakinkan orang ramai

6. Jaminan pembayaran, kerana bayaran dilakukan terlebih dahulu sebelum  produk dihantar.

Perbandingan diatas bukanlah untuk menentukan mana yang baik mana yang buruk tetapi ianya sebagai panduan untuk anda memilih bidang mana yang ingin anda ceburi dan fokus. Kedua-duanya sama baik..tapi untuk menjadikannya lebih efektif, maka anda harus fokus terhadap satu bidang dahulu.

Kalau nak kedua -duanya sekaligus, boleh..tapi, jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat!

Jika tiada kemahiran cipta produk sendiri..sertai program terlebih dahulu. Bila dah berjaya..tuliskan pengalaman kejayaan anda, jadikannya produk dan sertai perniagaan menjual produk informasi pula. Inilah strategi serampang 2 mata… tapi, ianya bukan berlaku sekelip mata kerana semua ini memerlukan masa dan usaha yang gigih.

Semoga artikel ini membantu anda untuk menentukan hala tuju anda apabila menceburi bidang pemasaran internet ini.

========================================================

Julius Salok Kassy merupakan seorang usahawan internet yang telah berkecimpung semenjak 2008 lagi dan menghasilkan beberapa produk yang telah membantu ramai usahawan tempatan. Antara produk beliau yang telah membantu usahawan tempatan ialah ebook Rahsia Pemasaran JV dan Pakej Mini PLR. Beliau juga turut aktif berkongsikan info dan mu melalui blog beliau, http://www.produkplr.com/blog.

==========================================================

Advertisements
Kategori:Artikel Pilihan

Artikel Pilihan : Konsep 3B1T

18 Jun 2010 Tinggalkan komen

Ditulis oleh Saudara Julius Salok Kassy

Dalam perniagaan, setiap orang inginkan keuntungan dan mengharapkan setiap hari ada sahaja pelanggan memberikan anda wang mereka untuk mendapatkan produk anda. Ini memang konsep utama perniagaan..dan saya tak nafikannya.

Tetapi, bagaimana pula jika tidak ada pelanggan yang sanggup membeli produk anda?

Ok, itulah tujuan artikel ini…memberikan sedikit panduan untuk anda, bagaimana anda boleh membina perniagaan yang sentiasa mendapat jualan.

Dalam perniagaan internet, urusniaga dilakukan tanpa bersua muka dan sebab itulah, agak sukar untuk meyakinkan orang ramai agar membeli produk anda. Anda kena bina hubungan yang baik dan tanamkan kepercayaan dari segi kepakaran, keikhlasan serta servis yang baik kepada para pelanggan anda.Kemudian, barulah ada keyakinan dari pelanggan anda untuk berurusniaga dengan anda.

Tapi, bagaimana caranya?

Gunakan konsep 3B1T…konsep ini sering dipraktikkan oleh para otai IM, dan ianya terbukti berkesan. Konsep 3B1T yang saya maksudkan ialah :

BERI + BERI + BERI = TERIMA

Ya, anda kena memberi banyak sebelum menerima banyak juga..ini adil, kerana ia ibarat menabur benih…semakin banyak benih ditabur, semakin banyak hasil tuaian. Apa yang perlu diberi? Mudah…berilah para pelanggan anda info yang berguna dan bermanfaat, disamping berikan juga produk yang baik secara percuma. Dengan cara ini, para pelanggan anda akan gembira kerana anda dilihat benar-benar mahu membantu mereka dan secara umumnya, mereka akan rasa diri mereka dihargai. Dengan menunjukkan kepakaran anda melalui pemberian info-info berguna, para pelanggan anda pasti yakin akan kemampuan dan reputasi anda sebagai ‘specialist’.

Jika anda sentiasa mempromosi produk anda kepada mereka, mereka akan rasa tertekan kerana seolah-olah sedang dipaksa untuk membeli dari anda. Ini menyebabkan mereka akan ‘lari’ atau ‘menyampah’ setiap kali bertemu atau mendapat emel dari anda. Akhirnya, dengan sekali klik emel anda akan didelete atau mereka unsubscribe 😦

Oleh itu, banyakkan memberi sesuatu yang bernilai dan binalah perhubungan yang baik dengan pelanggan anda. Tidak rugi anda berikan produk atau info percuma kepada mereka…kerana apabila mereka mempercayai anda, kuasa beli mereka amatlah kuat.

Dalam konsep 3B1T ini…anda akan mendapat manfaat, begitu juga pelanggan anda. Jadi, tiada siapa yang rugi.

3B1t…konsep yang menjamin keuntungan jangka panjang!

Kategori:Artikel Pilihan

Bukan Senang Nak Senang

2 Jun 2010 1 komen

Cuba kita tanya pada manusia yang ada disekeliling kita. Adakah mereka semua inginkan kesenangan? Tentu jawapannya YA. Tapi bagaimana caranya itu yang menjadi persoalan sekarang ni. Sebenarnya bukan senang untuk menjadi senang. Banyak yang kita perlu tahu dalam mencari kesenangan ni. Tapi jangan sampai kita tertipu.

Anda mungkin pernah ternampak atau terbaca iklan-iklan di dalam internet yang menjanjikan kesenangan seperti dapat duit mudah. Mungkin anda tertarik dengan iklan tersebut. Nasihat saya anda jangan terpikat dengan iklan tersebut sebab anda tak tahu dari mana asal usulnya. Sekarang ni terlalu banyak iklan-iklan seperti ini ada di internet. Buat duit dengan itulah, buat duit dengan inilah dan macam-macam lagi.

Sebenarnya tidak semudah itu untuk anda yang baru dalam internet ni mendapat keuntungan. Banyak yang perlu anda belajar selok- belok perniagaan internet ni. Saya sendiri mengalami perkara ini, dimana saya mulakan perniagaan internet berseorangan tanpa ada 0rang yang membimbing. Jenuh le jugak nak dapat duit. 4 bulan menceburi bidang ini masih belum dapat hasil. Namun berkat kesabaran yang tinggi (puji diri le pulak), saya bertemu dengan apa yang saya cari selama ini.

Sebenarnya perkara yang susah akan menjadi senang kalau kita tahu cara dan teknik-tekniknya. Untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan online ni, saya cadangkan anda dapatkan ebook percuma dahulu dan jangan beli. Banyak ebook percuma ditawarkan pada kita oleh pakar-pakar IM kita dan luar negara. Anda hanya masukkan nama dan emel saja untuk mendapatkannya. Tanya saja pakcik Google dan Makcik Yahoo, mereka akan membantu. Belajar dengan teknik-teknik percuma dahulu kemudian baru anda beli ebook untuk menambahkan lagi kecekapan anda dengan teknik-teknik yang ada.

Untuk mandapatkan ebook percuma dan berbayar, anda dinasihatkan untuk menyertai forum wangcyber.com. Disana pelbagai jenis ebook ada. Anda pilih saja mana yang anda nak. Tak de masalah. Jadi nasihat saya, anda harus bijak dalam merencana perniagaan anda dan jangan terburu-buru dalam mencari kesenangan.