Arkib

Archive for Mei 2010

Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat

21 Mei 2010 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera

Cerita saya  kali ini adalah mengenai seorang kawan lama yang baru saya jumpa semula di sebuah kedai mamak. Dia nampak bergaya sekali. Dia masih ingat lagi kat saya . Kami bersembang panjang dan ssaya bertanya tentang pekerjaannya, dia menyatakan yang dia adalah seorang ahli perniagaan yang agak berjaya. Dia telah mempunyai sebuah syarikat yang mengimport barangan dari luar negara untuk dipasarkan disini.

Saya tahu yang dia ni memang minat berniaga sejak dari sekolah lagi. Dia pernah berkata pada saya yang dia akan menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya suatu hari nanti, masa tu dia hanya bekerja di kilang yang berdekatan dengan kampung kami. Ramai kawan-kawan saya ketawakan dia bila dia berkata begitu. Tapi saya tahu yang dia pasti akan capai apa yang dia impikan sebab dia nampak begitu bersungguh-sungguh dalam hal ini. Sayalah orang yang mendorongnya untuk mencapai cita-citanya. Banyak nasihat saya berikan padanya sebab tu dia masih lagi ingat akan saya.

Sejak dari dulu lagi saya lihat dia adalah seorang yang mempunyai cita-cita yang besar dan sungguh bersemangat untuk mengejar cita-citanya.

Jadi, apa yang saya  nak katakan disini ialah untuk berjaya kita perlu ada matlamat dan usaha untuk mencapainya. Kalau kita buat sesuatu tanpa ada matlamat ibarat mendayung sampan di tengah lautan tak tahu ke mana arah yang nak dituju. Kita kena ada matlamat sebab kalau tak ada matlamat, kita tak tahu tujuan kita.

Jika kita ingin melakukan sesuatu, kita perlu tahu untuk apa kita lakukannya baru kita dapat mencapai apa yang kita inginkan. Untuk mencapai matlamat, biarlah ianya spesifik dan boleh dicapai. Jangan pula kita merancang matlamat yang tidak boleh dicapai. Ini akan menyusahkan diri kita kelak.

Kita semua boleh berjaya kalau kita bijak merancang matlamat kita. Biarlah orang kata kita ni angan-angan Mat Jenin. Tapi kita bertindak untuk mencapai apa yang kita angankan. Perkara yang paling penting untuk mencapai matlamat ialah tindakkan. Bertindaklah sekarang agar matlamat anda tercapai.

Advertisements
Kategori:Motivasi Diri

Artikel Pilihan: Minda Yang Betul Untuk Seorang IM

12 Mei 2010 Tinggalkan komen

Ditulis oleh: Saudara Mazlie Nadzrie

Saya pasti sebab utama mengapa seseorang IM  gagal dalam perniagaan internet  adalah kerana mereka TIDAK mempunyai minda  yang betul. Jika anda mahu berjaya dalam bidang ini dan membina empayar online anda sendiri, anda mesti mempunyai rangka pemikiran dan minda yang betul.

Ini penting kerana jika anda tidak mempunyai minda yang positif, anda akan berdepan dengan pelbagai masalah apabila pelan yang dirancang tidak menjadi. Sewaktu anda baru hendak memulakan sesuatu projek , rancangan yang telah anda rangka selalunya akan kucar-kacir pada awalnya. Anda juga mungkin akan terfikir untuk mengaku kalah dan mengangkat bendera putih  tetapi mereka-mereka yang mempunyai pemikiran yang positif akan terus berusaha dan tidak akan mudah berputus asa.

Ramai di antara orang baru mula menceburkan diri dalam perniagaan internet cuba untuk menjana pendapatan dengan cepat tanpa usaha yang banyak, dan cara ini adalah salah sama sekali. Pembinaan empayar online memerlukan kerja keras dan dedikasi yang tinggi, inilah yang menyebabkan 97% daripada mereka  gigit jari dan kecewa.

Tidak wujud langsung kepercayaan yang “kejayaan boleh datang dengan pantas”. Ramai orang mendakwa mereka telah mendapat kejayaan dengan cepat tetapi mereka tidak mendedahkan yang mereka telah melaburkan masa bermalam-malam untuk berada di mana mereka berada sekarang.

Saya hanya berjaya mendapat jualan, komisen hanya pada tahun berikutnya setelah pada tahun pertama saya gagal memperolehi apa-apa jualan samada dari produk sendiri dan affiliate.

Jadi, bagaimana membina pemikiran positif:

  1. Dapatkan bantuan daripada orang yang berjaya, cuba berkawan dengan mereka dan minta mereka untuk membimbing anda.
  2. Cuba baca, dengar dan hayati bahan-bahan ilmu-ilmu berkaitan dan luangkan masa untuk belajar dari ilmu yang anda perolehi untuk berjaya.

Bina pemikiran  yang betul dan anda akan saksikan perubahan yang ketara dalam perniagaan online anda. Bahagian pertama dalam sesuatu kejayaan adalah pemikiran, jadi, mulakan langkah menuju kejayaan dengan minda yang betul.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Mengenai Penulis

MazlieNadzri merupakan Interet Marketer separuh masa. Beliau mula aktif dalam perniagaan interet sejak awal tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi affiliate, penghasilan produk, pemilik servis design, dan pemasangan sistem. Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai multimedia yang kini berada di kedai-kedai buku berhampiran. Maklumat lanjut, layari blog beliau di sini untuk mempelajari ilmu bisnes internet.

Kategori:Artikel Pilihan

Artikel Pilihan : Kita Harus Oportunis

11 Mei 2010 Tinggalkan komen

Ditulis oleh Saudara Julius Salok Kassy

Di dalam perniagaan, kita tidak boleh selalu bersikap ‘tunggu & lihat’…saya tak nafikan, kadang kala kita perlu bersikap sebegini terutamanya jika ia melibatkan sesuatu yang baru dan belum pasti.

Namun, sikap sebegini selalunya menyebabkan kita sering ketinggalan akan peluang – peluang yang baik. Ya, bukan mudah untuk mendapat peluang yang kedua kerana kita tak tahu bila ianya akan datang lagi atau kemungkinan besar kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan lagi peluang tersebut.

Seperti perniagaan internet, ramai yang tahu bahawa ianya adalah model perniagaan yang menguntungkan tetapi tidak ramai yang menceburinya kerana mahu ‘tunggu & lihat’.

Kita harus oportunis…oportunis maknanya bijak dan pantas merebut peluang dan melakukannya sebaik mungkin. Ianya mungkin melibatkan risiko, tetapi sebenarnya hanya 2 risiko sahaja yang terlibat:

1) Anda mungkin mengorbankan masa dan wang ringgit pada awalnya, tetapi usaha anda berbaloi apabila anda mengecapi kejayaan akhirnya kerana memanfaatkan peluang yang ada.

2) Anda langsung tak dapat apa – apa, dan kehidupan anda juga tiada perubahan kerana membiarkan peluang pergi begitu sahaja.

Anda boleh nilaikan sendiri, yang mana satu risiko yang anda ingin tanggung…kemudian, fikirkan samada anda ingin menjadi oportunis atau ‘tunggu & lihat’…

Ini yang saya dapat simpulkan, jika anda mengamalkan sikap ‘tunggu & lihat’, anda akan mula memberi alasan kenapa tidak berjaya :

“ahh..takpelah, itu rezeki dia. Aku belum ada rezeki lagi”

“aku takde produk nak jual, apa boleh buat..”

“Diorang dilahirkan sebagai usahawan, memanglah berjaya..”

Lihat..alasan tersebut hanyalah untuk menyenangkan hati diri sendiri sahaja, tapi hakikatnya jauh di lubuk hati anda pasti mahu berjaya seperti yang lain juga kan? Jadi, jangan biarkan anda menyesal dan menyalahkan orang lain
kerana tak mendesak anda untuk merebut peluang baik tersebut kerana ia adalah pilihan anda…

Oleh itu, jadilah seorang yang oportunis…mudah – mudahan, kejayaan di pihak anda.

Ditulis oleh Saudara Julius Salok Kassy dan laman webnya http://www.produkplr.com/blog

Kategori:Artikel Pilihan

Ciri-Ciri Orang Berjaya

10 Mei 2010 2 comments

Ramai yang ingin berjaya.  Kalau kita tanya orang yang ada disekeliling kita, siapa yang tak nak berjaya?  Tak ada orang yang kata tak nak.  Semua orang impikan kejayaan tapi tahukah anda ciri-ciri orang yang berjaya dan apa yang mereka lakukan.

Sebenarnya untuk mencapai kejayaan bukannya susah. Kita kena ada ciri-ciri orang berjaya untuk kita jadikan contah. Bersama ini saya terangkan 7 ciri-ciri tersebut untuk pengetahuan anda.

1. Semakin Dicabar, Semakin Kuat

Maksudnya disini, apabila anda berusaha untuk memajukan diri tapi dipandang rendah oleh orang lain. Mereka sering memperkecilkan kebolehan anda. Mereka mengatakan yang anda tidak mampu untuk  melakukannya. Anda jangan jadikan ini satu alasan untuk tidak berusaha. Anda harus menjadikan perkara ini sebagai pembakar  semangat dan penuh keyakinan dalam mencapai cita-cita anda. Anda  kena buktikan pada mereka yang memandang randah pada anda yang anda mampu untuk melakukannya dan pasti akan berjaya.

2. Sentiasa Mencari Peluang

Jika anda ingin berjaya, anda hendaklah sentiasa mencari peluang  yang ada. Contohnya begini: Anda berada di satu tempat atau negara yang semua rakyatnya tidak memakai selipar. Bagi anda yang   negetif, pasti anda tidak akan menjual selipar di negara tersebut  sebab dah tentu dia orang tak akan beli. Tapi bagi anda yang positif, anda nampak ini adalah satu peluang yang tak boleh diabaikan. Anda akan menjual selipar dan akan mengajar rakyat negara tersebut cara- cara mengunakan selipar dan menerangkan sebab-sebab mengapa  mereka perlu memakainya.

Inilah yang dikatakan sentiasa mencari peluang dan nampak peluang   yang ada.

3. Sentiasa Berusaha

Dalam hal ini, anda kenalah sentiasa berusaha dan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. Ciri orang yang berjaya ialah tidak pernah mengenal puas dengan kejayaan yang mereka capai. Mereka akan berusaha lagi terus berusaha untuk kejayaan yang lain. Untuk berjaya anda kena ada sikap seperti ini. Tidak kenal erti penat dan tidak pernah menggaku kalah.

4. Tidak Menyalahkan Keadaan

Dalam mengejar cita-cita atau mencapai kejayaan, kegagalan adalah lumrah. anda kena ingat yang ini adalah dugaan Tuhan pada anda. Anda harus menerima setiap kegagalan dengan hati yang terbuka dan belajar dari kegagalan tersebut. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala dugaan. Berani mengaku salah atau berani menghadapi kegagalan dan bangkit menghadapi segala kegagalan adalah satu sikap yang baik untuk anda jika inginkan kejayaan.

5. Sentiasa Memperbaiki Diri

Seperti yang dibincangkan tadi, Jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan. Sentiasa mengkaji kelemahan yang ada dan berudsaha untuk membaikinya. Jika kita gagal, renung diri kita dan tanya di mana silapnya? Inilah satu-satunya cara untuk kita maju dan berjaya.

6. Menilai dulu apa kata orang

Dalam kita berusaha mengejar cita-cita, pasti ramai yang akan berkata tentang diri kita dan usaha anda. Jadi jangan anda menolak mentah-mentah setiap apa yang dikatakan oleh mereka. Anda harus meneliti setiap kata-kata mereka kerana mungkin ada baiknya. Kata-kata orang yang iri hati atau cemburu dengan usaha anda mungkin dapat membantu anda dalam memperbaiki diri dan menjadikan kata-kata mereka sebagai panduan dalam mencapai kejayaan.

7. Bangun Bila Jatuh

Inilah perkara yang paling penting dalam anda mengejar cita-cita. Tidak kenal putus asa dan tidak takut dengan kegagalan. Anda harus bangkit dari kegagalan dan menempuhinya dengan penuh kekuatan. Simpan dalan diri anda yang anda pasti akan berjaya suatu hari nanti. Kegagalan ini adalah bukti yang anda telah berusaha untuk mencapai kejayaan. Belajar dari Kesilapan. Seperti yang saya pernah kata pada entri yang lepas Universiti yang tak ada di dunia ini ialah Universiti pengalaman.

Jadi, lebih baik anda lakukan sesuatu daripada anda tidak melakukan apa-apa. Renung-renungkanlah…..

Kategori:Motivasi Diri

Belajar Dari Kesilapan Orang Lain

Salam Sejahtera semua,

Hari ini saya nak mengigatkan anda tentang tajuk yang kita bincangkan ni. Tajuk ni nampak macam tak best, tapi tak apa kita bincang juga mana tahu ianya dapat membantu anda dan saya dalam menghadapi kehidupan seharian. Mungkin juga boleh membimbing kita  dengan apa yang kita bincangkan ini. Maksud saya belajar dari orang lain adalah untuk menjadikan kita lebih bijak dalam melakukan sesuatu. sebab kita dah nampak apa yang telah dilakukan oleh mereka-mereka yang sebelum kita. Makanya dari mereka kita dapat belajar sesuatu. Dan apa bila kita belajar dari kesilapan orang lain, kita akan menjadi lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak melakukan kesilapan yang sama yang telah dilakukan oleh orang lain.

Tujuan kita belalajar dari kesilapan orang lain bukanlah untuk menunjukkan yang kita lebih pandai dan tidak akan melakukan kesilapan. Sebaliknya adalah untuk menjadikan kita lebih matang dalam sesuatu hal yang ingin kita lakukan. Kita pasti tidak mahu melakukan kesilapan walaupun kita sedar manusia tidak dapat lari dari kesilapan. Namun apabila kita belajar dari kesilapan orang lain, kita pasti tidak melakukan kesilapan yang sama dan jika ada kesilapan pun ianya tidaklah kesilapan yang besar. Saya harap anda faham.

Kita jadikan kesilapan orang lain sebagai kekuatan kita untuk melakukan sesuatu. Ianya adalah ilmu yang munafaat untuk kita. Apabila anda belajar dari kesalahan orang lain, anda pasti akan dapat menghindarinya dari berlaku keatas diri anda. Adalah satu yang merugikan jika anda melakukan kesilapan yang telah anda pelajari dari kesilapan orang lain. Tapi anda harus ingat, jangan sekali-kali memperkecilkan mereka yang telah melakukan kesilapan jika anda telah berjaya, sebab kejayaan anda adalah dari kesilapan yang mereka lakukan. Anda hanya menjayakan apa yang mereka tidak berjaya.

Kita sebenarnya bukan saja boleh belajar dari mereka yang telah berjaya. Sebaliknya kita juga boleh belajar dari mereka yang gagal. Jadi, kuatkanlah semangat dan tanamkan tekad untuk terus memandang ke depan.

Sekali kita gagal bukan bererti kita gagal selama-lamanya. Yang penting berusaha dan terus berusaha.

Jika anda ada pengalaman mencapai kejayaan dari kesilapan orang lain, jom kongsi disini agar kita semua dapat ilmu dari apa yang anda kongsikan ini.

I

Kategori:Motivasi Diri