Archive

Archive for April 2010

Pemasaran Affiliate dan Perniagaan Di Rumah

26 April 2010 Tinggalkan komen

Hai Salam Sejahtera,

Entri kali ini saya terangkan pada anda mengenai perniagaan yang boleh dilakukan di internet ni dan cara-cara untuk menjadi ahli. Ianya mudah, anda tak perlu ada produk. Janji anda mahu mencuba, pasti boleh lakukannya.

Ramai antara kita mempunyai impian untuk memjadi bos pada diri sendiri. Mengimpikan duit yang banyak dan mempunyai masa kerja yang fleksibel. Namun, ramai yang takut untuk berniaga. Mereka tidak mempunyai modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan atau mereka tidak mahu kehilangan pekerjaan disebabkan terlalu memberi tumpuan pada perniagaan mereka. Dan ada sesetengah dari mereka takut untuk mengeluarkan modal. (takut rugi)

Sebenarnya anda boleh memulakan perniagaan dan berniaga dari rumah tanpa memerlukan duit/modal sama sekali. Tanya pada diri anda, adakah anda mempunyai bilik kosong atau ruangan di rumah anda? Adakah anda mempunyai komputer dengan sambungan internet? Adakah anda memiliki saluran telefon? Jika anda memiliki ketiga-tiga perkara ini, sebenarnya anda mempunyai pejabat di rumah dan anda sudah boleh memulakan perniagaan anda sendiri.

Untuk memulakan perniagaan di rumah, menyertai program affiliate yang dianjurkan oleh pihak atau individu boleh menjadi cara yang hebat bagi anda. Maksud Affiliate adalah agen yang akan menjual produk orang lain. Pendaftaran untuk menjadi agen adalah percuma. Anda juga boleh memilih sama ada ingin menjual produk atau perkhidmatan.

Setelah anda membuat keputusan untuk memilih perkhidmatan atau produk, anda perlu menilai kemampuan diri anda. Di sini saya sarankan anda untuk memilih produk seperti ebook atau sebagainya. Anda harus mengetahui produk yang tengah hangat dipasaran internet pada masa ini. Setelah anda pasti akan produk yang ingin dijual, anda harus mendaftar menjadi agen dengan mendaftar di bahagian bawah sesuatu website yang ada perkataan affiliate, anda klik ditulisan tersebut untuk ke ruang pendaftaran. Di ruang ini anda harus mengisi segala butiran yang dikehendaki. Setelah anda selesai mendaftar, pihak yang menganjurkan program affiliate ini akan menghantar email pada anda untuk pengesahan. Tapi ingat anda kena isi maklumat akaun bank anda yang betul seperti yang diminta agar komisen dapat dihantar terus ke alamat akaun tersbut.

Setelah anda menerima email pengesahan anda akan diberi satu ID dari pihak penganjur untuk anda memulakan pemasaran. Contoh Id yang akan anda terima adalah seperti ini http://www.maskahwin.com/index.php?ref=rosman04. Di bahagian hujungnya ada tertulis nama saya. Itu adalah id saya dalam memasarkan produk mas kahwin. Anda juga akan menerima id seperti ini dimana bahagian hujungnya akan tertulis nama anda atau apa yang anda tulis untuk  pengenalan anda.

Sekarang anda boleh mula mengiklankan produk tersebut di internet dengan pelbagai cara. Saya akan menerangkan cara-caranya pada anda di lain masa. Tapi untuk memudahkan anda, Beli saja buku ni Panduan Bisnes Internet Profesional. Dalam buku ini anda akan diterangkan cara-cara membuat promosi dengan mengunakan ID yang diberikan pada anda tadi.

Saya ucapkan selamat mencuba dan semoga berjaya. Jika anda telah memulakan pemasaran affiliate ni dan telah berjaya, kongsikan kejayaan anda disini agar dapat memberi semangat pada kengkawan kita yang lain.

Jangan sia-siakan peluang yang ada

23 April 2010 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera semua,

Kali ni saya nak cerita mengenai apa yang dimaksudkan tentang tajuk diatas. Dari apa yang saya perhatikan, ramai antara kita yang takut  mencuba benda baru. Perasaan takut itulah yang menyebabkan kita sering gagal dalam apa yang kita buat. Mungkin anda  kurang senang dengan apa yang saya  katakan ini. Tapi percayalah, perasaan takutlah yang akan membuat kita tidak berani mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita. Mengapa harus takut kalau anda  tahu yang anda boleh lakukan. Anda  kena buang perasaan takut dan negetif dalam hidup anda. Anda  kena berfikiran positif sebab jika anda  takut gagal, maka anda  tidak akan berjaya. Kita kena berfikiran positif dalam apa jua keadaan walaupun dalam menghadapi kegagalan. Anda  harus jadikan kegagalan hari ini sebagai pengalaman dalam menempuhi hari yang akan datang. Saya  pernah menulis pada entri yang lepas mengenai universiti yang tak ada dalam dunia ni adalah universiti pengalaman. Tentang pengalaman ni tak ada orang yang boleh mengajar kita. Tapi kalau ada orang mengajar kita maknanya mereka sendiri dah ada pengalaman.

Maka untuk mendapatkan pengalaman, Anda  kenalah mencuba sesuatu yang baru dalam hidup anda. Pasti anda akan mendapat pengalaman. Jadi demi pengalaman, jangan sia-siakan peluang yang ada di depan mata. Jika anda mensia-siakannya, maka anda akan rugi. Rugi dari segi pengalaman dan rugi juga dari mendapat sesuatu yang baru. Mungkin peluang yang ada pada anda  akan mengubah kehidupan anda  dari tak berapa baik kepada yang lebih baik. Tak sorang pun yang tahu kalau tak cuba. Yang tahu hanya Allah. Bayangkan jika peluang yang datang hanya sekali dalam hidup anda. Alangkah ruginya jika anda tidak mengambil peluang tersebut. Lebih-lebih lagi kalau peluang yang datang tadi diambil oleh orang lain dan dia berjaya.

Jika kita ambil peluang yang diberi dan berjaya melakukannya, kita akan merasa satu kepuasan dalam hidup kita. Kita juga akan lebih dihormati oleh orang lain yang ada sekeliling kita. Dan yang paling penting, kejayaan yang kita perolehi itu adalah satu semangat dan motivasi pada diri kita agar menjadi orang yang lebih berjaya dan penuh keyakinan untuk melakukan sesuatu yang baru.

Mungkin ramai yang kata saya hanya pandai bercakap aja. Sebenarnya bukan senang nak senang. Kita kena ada kemahiran atau ilmu dalam membuat sesuatu perkara. Kalau tak kita akan menjadi buntu atau terhenti dalam menjalankan kerja kita. Untuk mendapatkan ilmu pula kita kena belajar. Jadi dengan kemahiran atau ilmu yang ada, kalau peluang untuk menterjemahkan apa yang kita tahu datang, dengan rasa yakin kita pasti akan mengambil peluang tersebut. Jadi kalau ada peluang yang diberikan pada kita, tak kira apa pun, kita harus kaji dahulu akan kemampuan kita. Kalau kita rasa tak boleh melakukan  kita cari orang yang boleh dan kita minta mereka membantu kita dalam memjayakan peluang tersebut. Gunakan kelebihan orang lain untuk menjayakan apa yang kita inginkan. Cari orang yang lebih pakar dalam bidang mereka. Itu saja cara untuk melaksanakan peluang yang datang pada kita.

Baiklah saya tak mahu cerita panjang. Apa yang penting anda faham maksud saya. Kalau anda ada pengalaman mengenai peluang yang datang ini, ceritakanlah disini agar kengkawan kita mendapat ilmu dari pengalaman anda.

Kategori:Motivasi Diri

Hati-Hati Dengan Program Affiliate Dari Luar Negara

20 April 2010 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera Semua,

Saya ada mendapat berita dari rakan-rakan IM yang lain mengenai program affiliate yang dianjurkan oleh orang putih (luar Negara). Ada sesetengah dari mereka yang cuba menipu kita. Jadi saya nak ingatkan pada anda supaya berhati-hati dengan perkara ini.

Terbaru saya dapat tahu ialah Program Pay Per Lead (PPL) yang dianjurkan oleh Justin Michie, Beliau akan membayar sebanyak USD1 kepada sesiapa yang mendaftar email mereka melalui link kita. Satu USD tu banyak tapi anda harus ingat bahawa beliau tidak akan membayar pada kita yang dari Malaysia. IM kita menganggap beliau adalah seorang penipu. Jadi anda mestilah berhenti mempromosikan produk atau program beliau. Kalau boleh buang terus email beliau dalam  senarai email anda.

Kita janganlah mudah terpedaya dengan program-program yang dianjurkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Sebaiknya kita siasat dulu setiap program yang dianjurkan. Caranya adalah dengan bertanya dengan rakan-rakan kita di dalam forum seperti forum wangcyber.com, cara ini adalah lebih baik.

Saya rasa tak payahlah kita nak kejar sangat program yang dianjurkan oleh orang putih ni, sebab kat Malaysia ni pun dah lebih dari cukup program PPL yang dianjurkan oleh pakar-pakar IM kita. Mungkin sebab komisennya sikit itu yang menjadi masalah. Tapi tak apa, kita berpegang pada pepatah orang tua kita iaitu sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul tak apa yang saya katakan ni.

Pada mereka-mereka yang pernah kena tipu dek orang putih ni, ceritakan pengalaman anda disini untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan kita yang lain. Setiap ilmu dan pengalaman yang anda berikan akan mendapat keberkatan dari Allah. Renung-renungkanlah……

Jual apa saja yang anda ingin jual di internet ni

16 April 2010 1 komen

Bunyi macam senang aje nak jual di internet ni. Apa yang saya  maksudkan disini ialah menjual apa saja produk yang dijual secara offline boleh dijual di internet. Mungkin anda memiliki  perniagaan sendiri secara offline. Apa kata anda cuba mengembangkan perniagaan anda itu tadi di dalam internet?

Bayangkan jika anda mempunyai kedai yang menjual buku-buku atau barangan plastik. Pelanggan anda yang datang hanya  dari kawasan yang berhampiran dengan kedai anda. Jadi skop pelanggan anda hanya kawasan yang berdekatan dengan kedai anda. Cuba anda perkenalkan kedai anda dalam internet dengan mempunyai nama domain kedai anda. Contoh seperti kedaiahmad.com. Kemudian anda masukkan segala jenis buku atau produk yang anda jual beserta dengan gambarnya sekali dalam laman web anda. Kemudian anda submitkan URL anda ke dalam google dan yahoo. Bayangkan satu Malaysia dapat melihat apa yang anda jual jika mereka terjumpa laman web anda di engin carian. Tentu ramai pelanggan anda pada masa akan datang. Proses penghantaran adalah melalui pos. Anda hanya perlu poskan saja produk yang dibeli oleh pelanggan anda. (Proses membuat pesanan akan saya terangkan kalau ada permintaan. Percuma tiada bayaran)

Apa yang saya  nak terangkan disini ialah luaskan perniagaan anda ke seluruh Malaysia dengan mengunakan internet. Dengan adanya internet ni anda tidak perlu membuka cawangan perniagaan anda. Tentunya memerlukan modal yang besar jika anda ingin membuka satu atau lebih cawangan di lokasi lain.

Untuk melariskan perniagaan anda di internet, anda hanya perlu membuat promosi. Anda boleh belajar cara-cara untuk promosikan produk anda dengan mengklik di engin carian seperti google dan yahoo atau anda boleh mendapatkan nasihat dari  pakar dalam hal promosi ni. (dalam bab promosi ni saya boleh bantu kalau ada permintaan, Ianya percuma aje)

Sebenarnya apa yang saya tulis ni adalah kerana  kawan-kawan  saya bertanya pada saya apa yang boleh mereka jual di internet ni dan macam mana caranya.  Saya  harap apa yang saya terangkan ini dapat membantu mereka.

Anda boleh tambah apa yang saya tulis ini dengan membalas komen yang telah disediakan. Bersama-sama kita kongsi ilmu disini.

Kategori:Motivasi Diri

Kunci Kejayaan Perniagaan Yang Bakal Anda Jalankan

8 April 2010 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera buat semua pembaca,

Entri kali ini saya nak cerita tentang apa yang anda  perlu ada untuk memulakan sesuatu perniagaan. Saya tak nak cerita pasal modal sebab kalau tak ada modal takkan anda nak berniaga. Tentunya dah ada modal baru boleh mula berniaga. Sebenarnya modal tak perlu banyak, setakah RM100 pun dah boleh mula. Kat sini saya tak nak cerita tentang modal atau RM.

Apa yang saya nak cerita adalah tentang diri anda.  Untuk memulakan sesebuah perniagaan anda perlu ada 5 perkara iaitu:

1. Ikhlas

Kita kena sedar, berniaga kalau tanpa keikhlasan tidak akan membawa berkat pada kita. jadi saya ingatkan agar anda  sedar akan hal ini. Anda kena ikhlas dengan apa saja yang anda  buat dengan perniagaan anda. Apa yang kita ingankan ialah keberkatan dalam kehidupan dan perniagaan. Dalam hal ini maksudnya ialah anda kena ikhlas dengan semua orang yang inginkan maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang anda jual pada mereka.

2. Jujur

Pada saya  senang aje, kalau anda  tak jujur pada pelanggan anda, kalau dia orang tahu yang anda tak jujur, mereka akan tinggalkan anda. Bermakna anda  akan kehilangan seorang pelanggan. Jadi bersikap jujurlah pada pelanggan anda  dan jangan menipu. Kalau anda  rasa tak boleh atau produk anda  tak bagus, cakap aje pada mereka yang produk anda bukan tak bagus tapi kurang sesuai pada mereka. Kalau ini yang anda buat, sudah tentu mereka akan percaya pada anda dan kalau mereka mula percayakan anda, mereka akan sentiasa berurusan dengan anda  dan sentiasa datang ke kedai anda. Percayalah Allah akan balas setiap kebaikkan yang kita buat. Kita takkan rugi kalau kita jujur.

3. Ketabahan

Saya rasa tak payah lah saya bercerita mengenai perkara ini sebab kalau kau tak tabah, takkan kau nak berniaga. Tabah ini maksudnya orang yang banyak bersabar dan terus berusaha walau dugaan datang pada diri mereka. Mereka tidak memikirkan sangat tentang kegagalan sebaliknya mereka cuba mengenal pasti punca-punca kegagalan mereka dan mereka tahu ini semua dugaan dari Tuhan yang Esa. Pasti ada hikmahNya. Jadi adakah  anda  dikalanggan mereka-mereka yang saya  maksudkan tadi? kalau ya bagus, teruskan usaha.

4. Keberanian

Ini bunyinya macam nak pergi perang aja. Sebenarnya apa yang saya maksudkan disini ialah berani dalam menghadapi segala kemungkinan yang bakal datang apa bila anda  memulakan perniagaan anda. Anda perlu ada keberanian dalam menghadapi kegagallan, kerugian, berani bersaing (persaingan yang sihat) dan macam-macam lagi yang akan anda hadapi. Sebab tu anda  perlu ada keberanian.

5. Kekuatan

Kekuatan yang saya  maksudkan disini bukan kekuatan fizikal atau tubuh badan. Kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan mental. Anda  perlu mempunyai semangat yang kuat dalam bidang ini sebab tanpa kekuatan mental dan semangat, anda  akan cepat merasa kecewa dan putus asa. Apa bila anda  kecewa dan putus asa maka perniagaan yang anda  jalankan pasti tidak dapat pergi jauh dari apa yang anda  inginkan. Percayalah, semangat dan mental yang kuat pasti akan memacu anda ke arah yang lebih maju.

Sebenarnya bukan setakat 5 perkara ni saja yang boleh digunakan sebagai panduan, ada banyak lagi yang perlu anda  tahu dalam dunia perniagaan ini. Saya  hanya bagi 5 saja dan yang selebihnya anda tambah le dalam ruang komen yang disediakan. Dapat le kita kongsi ilmu yang anda berikan nanti.

Kategori:Motivasi Diri

Terima Kasih Pada Petugas Di Hospital Serdang

5 April 2010 Tinggalkan komen

Saya nak ucapkan terima kasih pada semua petugas yang bertugas di Hospital Serdang sebab memberi layanan yang amat baik dan memuaskan. Terutama sekali pada mereka yang bertugas di wad 6C.  Sebenarnya saya baru saja keluar dari Hospital tersebut. Saya kena bedah (operation) akibat Hernia (angin pasang). Pada hari saya sampai hinggalah hari saya keluar wad, mereka layan saya dengan begitu baik sekali. Saya amat berpuas hati dengan layanan mereka. Sebenarnya saya takut untuk dibedah, tapi mereka berjaya memujuk saya  dengan kata-kata yang lembut dan menerangkan pada saya yang pembedahan tersebut tidak bahaya dan menjamin akan keselamatan saya.

Sebelum ini, kakak saya juga, masuk wad Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan jantung. Punyalah risau hanya Tuhan saja yang tahu. Akhirnya kakak saya selamat menjalani pembedahan tersebut. Alhamdullillah sekarang ni dia sihat dan kembali ceria seperti biasa.

Sebab saya menulis disini adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga pada mereka yang telah memberi layanan dan tugas yang terbaik pada saya dan kakak saya. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa mereka. Kerja mereka terlalu mulia disisi masyarakat dan Allah.

Akhir sekali saya  mendoakan agar mereka semua sentiasa sihat dan berbahagia disamping keluarga serta selamat maju jaya hendaknya.

Pada sesiapa yang ada pengalaman yang baik di Hospital Serdang, jom kongsi disini dengan membalas entri ini diruang komen yang telah disediakan.

Kategori:Pelbagai

Lakukanlah Jika Anda Ingin Melakukannya

1 April 2010 Tinggalkan komen

Entri kali ini saya nak cerita tentang mereka-mereka yang takut untuk melakukan atau mencuba sesuatu yang baru yang boleh mendatangkan kebaikkan pada dirinya. Sifat takut ini yang membuatkan kita sering rasa gagal dan sentiasa memikirkan perkarta-perkara yang buruk akan berlaku jika mereka mencubanya.

Saya tak tahu lah mengapa mereka ini boleh jadi begini. Mungkin sebab mereka ada pengalaman atau mendapat pengalaman tersebut dari rakan yang rapat dengan mereka. Ini yang membuatkan mereka rasa takut untuk mencuba (takut gagal). Saya berharap anda yang membaca tulisan saya ini, bukanlah dari jenis yang macam saya ceritakan tadi.

Kita kena berfikiran positif dalam menjalani kehidupan dan mesti berani menghadapi cabaran yang datang. Kita kena anggap yang segala kegagalan dan cabaran yang kita hadapi  adalah dugaan dari Tuhan. Ianya juga bakal menjadi pengalaman dalam hidup kita. Kegagallan kita hari ini adalah landasan untuk kita berjaya dimasa hadapan. Untuk makluman anda, universiti yang tak ada dalam dunia adalah universiti pengalaman. Jadi pengalamanlah yang akan mengajar kita untuk mencapai kejayaan.  Nasihat saya, cubalah sesuatu yang baru hari ini juga agar ianya boleh menjadi pengalaman yang mungkin berguna pada masa akan datang.

Kita kena berani mencuba. Tak kira apa saja yang kita  nak cuba, buat saja jangan tunggu-tunggu (asalkan apa yang kita nak buat itu tidak salah disisi agama dan undang-undang). Saya yakin selepas anda buat apa yang anda inginkan, anda akan rasa satu kepuasan yang tak dapat digambarkan. Percayalah apa yang saya katakan ini.

Kalau anda rasa apa yang saya tulis ni tak cukup padat, Anda boleh tambahkannya di ruang komen yang telah disediakan. Agar dapat kita semua menambah ilmu yang tak seberapa ni.

Kategori:Motivasi Diri