Arkib

Archive for Mac 2010

Perniagaan Tanpa Produk (Affiliate)

31 Mac 2010 Tinggalkan komen

Entri kali ini saya nak cerita mengenai berniaga di internet tanpa produk. Mungkin ramai diantara anda  dah tahu mengenai perkara ini, tapi tak apa saya  akan cerita juga sebab ramai  kawan-kawan saya  masih tak tahu mengenainya apa bila saya bertanya pada mereka.  Jadi, saya bercerita juga bagi tujuan membantu mereka dan anda yang belum tahu.

Perniagaan yang saya maksudkan ialah Pemasaran affiliate.   Bagi yang dah tahu, ok le tapi bagi yang tak tahu mengenai pemasaran affiliate ni, saya akan terangkan pada anda  mengenainya.  Dalam pemasaran affiliate ni,  anda adalah agen atau orang tengah bagi tuan punya produk untuk tujuan memasarkan produk mereka secara online atau offline.  Anda akan dibayar mengikut jumlah yang anda jual ianya dipanggil komisen.  Ianya mudah untuk anda menyertainya kerana pendaftaran sebagai agen kebanyakannya percuma dan anda akan disediakan semua bahan-bahan promosi seperti banner, email susulan, artikel dan sebagainya. Anda hanya perlu mempromosikan saja produk mereka dan anda akan dibayar komisen yang dijanjikan oleh mereka. Sebagai contoh, sebuah perniagaan kopi boleh membayar anda 10% pada semua jualan yang anda buat untuk mereka.

Apa bila anda mendaftar sebagai agen sesuatu produk, anda akan diberi satu ID, dimana anda boleh mengunakan ID tersebut untuk memulakan pemasaran anda dalam internet. Tapi anda harus ingat, pemasaran yang anda buat hendaklah dengan cara berhemah dan jangan spam.

Dalam affiliate juga, anda tidak perlu  pening kepala untuk memikirkan pengeluaran sesuatu produk. Sebab produk-produk tersebut telah ada dalam pasaran dan anda hanya perlu mengenal pasti produk yang mempunyai banyak permintaan dalam pasaran. Jenama  sesuatu produk juga sangat penting kerana jika ianya cukup dikenali maka anda tidak akan menghadapi kesukaran untuk memasarkannya dalam pasaran yang sedia ada. Produk yang baik dan dipercayai di dalam pasaran akan cepat menarik pelanggan berbanding dengan produk baru yang tidak dikenali.

Saya  harap anda  faham apa yang saya  tulis semoga ianya dapat membantu anda  memahami apa itu affiliate.  Jika anda ada idea mengenai apa itu affiliate dan ingin menambah apa yang kurang dalam artikel ni, tulis saja dalam komen yang disediakan.  Semoga kita sama-sama mendapat ilmu dari apa yang anda tulis.

Advertisements

Selamat Datang

26 Mac 2010 Tinggalkan komen

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke blog saya. Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk membantu anda semua mengenai perniagaan di internet dan macam-macam info yang mungkin berguna untuk anda dalam dunia perniagaan internet. Saya sebenarnya tak lah pandai sangat dalam dunia internet ni, tapi saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anda. Saya akan meyampaikan pada anda semua mengenai berita dan ebook terkini yang bakal berada dipasaran nanti. Semuanya akan saya kongsikan dengan anda semua disini. Tunggu aje entri-entri saya yang terkini. Saya juga akan memberikan beberapa tip yang dapat membantu anda meneruskan perniagaan di internet ni.

Untuk makluman anda, sebenarnya perniagaan internet ni boleh dimulakan  tanpa modal. Tapi percayalah bukan senang nak jadi senang. Untuk berjaya anda kena rajin dan bersemangat. Mengenai produk, anda tak perlu risau sebab saya akan tunjukkan macam mana berniaga di internet ni tanpa produk dan juga tanpa risiko yang akan ditanggung oleh anda. Saya akan menerangkannya nanti tunggu ajelah.

Sebenarnya ada tiga perkara yang penting untuk memulakan perniagaan di internet ni, ianya saya panggil 3B iaitu Bersabar, Bersemangat dan Berkeyakinan. Kalau anda ada 3 perkara ni, saya yakin anda akan berjaya suatu hari nanti. Mungkin cepat mungkin lambat ianya bergantung pada diri masing-masing.(dalam hal ni saya tak dapat nak tolong hanya anda saja yang dapat menolong diri anda). Saya hanya menerangkan aje, keputusan ditangan anda itu aje nampak macam mudah.

Mungkin ramai antara kita tak tahu macam mana nak mulakannya. Banyak buku dan blog dah anda baca tapi masih lagi tak tahu dan tak faham (ni yang tak dapek nak nolong ni). Jangan risau, saya pun sebenarnya macam anda juga, banyak yang tak tahu dari tahu. Tak pe kita belajar sama-sama. Pasti akan menjadi mudah dan pasti akan lebih faham akan apa yang kita belajar.

Ok lah, kita bersambung pada post yang akan datang.

Kategori:Pelbagai