8 Tips Bagi motivasi Diri Sendiri

17 September 2015 Tinggalkan komen

Kita sebagai manusia sering kehilangan tumpuan dalam mencapai matlamat yang diimpikan. Selalunya semangat kita akan pudar dari masa ke semasa. Kita akan semakin lemah dalam melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan demi mencapai impian kita.

Jangan risau disini ada 8 tips bagi meningkatkan motivasi diri anda agar kalau tak semua sekurang-kurangnya separuh impian anda akan teracapai jika mengamalkannya. Insya Allah

1.Gambaran Impian.

Maksud gambaran impian ini adalah anda nyatakan impian anda dalam bentuk gambar dan letakkan ia ditempat yang paling mudah untuk dilihat setiap hari. Contohnya di atas meja kerja anda atau lekatkan di pintu rumah anda.

Teknik ini amat berkesan dan ianya bakal merangsang minda anda untuk mencapai impian. Ianya dapat membantu anda untuk mencapai keinginan anda.

2. Tulis Impian Anda

Bagi memastikan yang impian anda tercapai dan anda berada dilandasan yang betul dalam mencapainya, Semua impian anda haruslah ditulis dalam sebuah buku atau kertas dan dibaca setiap hari bagi mengingatkan diri anda apa yang harus anda lakukankan pada hari tersebut yang berkaitan dengan impian anda.

Sebaiknya tulis impian anda itu setiap hari apa bila bangun dari tidur. Cara ini akan mengingatkan anda target yang ingin dicapai dan apa yang harus dilakukan bagi mencapainya.

3. Berikan Pujian Pada Diri Anda

Jika anda telah berjaya mencapai target atau berjaya melakukan sesuatu yang berkaitan dengan target anda pada hari tersebut, maka berilah pujian pada diri anda kerana anda berjaya dan berada dilandasan yang sepatutnya walaupun impian anda masih lagi belum tercapai.

Cara ini akan membuatkan anda lebih bersemangat meneruskan usaha bagi mencapai impian anda. Manusia selalunya suka dan bangga apabila dipuji. Jadi pujilah diri anda. Jangan tunggu orang lain memuji anda sebaliknya anda pujilah diri anda sendiri. Anda pasti akan merasai sesuatu yang sangat luar biasa datang dari dalam diri anda

4. Kisah Kejayaan Orang Lain

Menbaca atau mengenali orang yang telah berjaya adalah satu cara untuk membangkitkan semangat yang ada dalam diri kita bagi mencapai impian kita. Bacalah buku-buku tentang orang yang telah berjaya dalam hidup mereka.

5. Fokus

Bagi memastikan yang impian anda tercapai, anda harus fokus dalam melakukan tugasan-tugasan yang terarah pada impian anda. Berikan tumpuan yang lebih pada tugasan -tugasan yang berkaitan dengan impian anda. Tanpa fokus dalam melakukan sesuatu, anda akan gagal dalam merialisasikan impian anda.

6. Tetapkan Hala Tujuan Sendiri

Dalam mencapai impian atau matlamat, anda harus ada hala tuju yang ingin dicapai. Jangan ikut cara ornag lain tapi jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk anda melakukan yang terbaik buat diri anda. Jangan membandingkan diri anda dengan mereka yang telah berjaya, takut ianya bakal merosakkan diri anda sendiri. Sebab mereka telah lama mengecapi kejayaan, anda baru nak mencapai kejayaan. Jadi membandingkan diri anda dengan mereka yang telah berjaya akan membuatkan anda hilang motivasi.

Jadi disini saya sarankan pada anda, tetapkan hala tuju anda sendiri dan buat dengan mengikut kemampuan yang anda ada. Jangan melampaui kebolehan anda. Hanya anda saja yang kenal diri anda dan anda saja yang tahu kemampuan anda. Buat mengukut kemampuan dan tenang dalam melakukannya. jangan stress.

7. Lupakan Masa Silam Anda

Jika anda mempunyai masa silam yang suram atau masa silam yang mengecewakan, anda harus lupakan masa silam anda itu. Ianya akan merosakkan motivasi anda dalam mencapai matlamat atau impian anda. Anda harus sedar yang masa silam anda tidak boleh diubah, iannya akan kekal menjadi kenangan yang pahit buat anda. Jadi, lupakan saja masa silam yang suram itu. Anda harus melangkah dan terus melangkah bagi merubah hidup anda menjadi yang lebih baik dari masa silam anda.

8. Kekal Positif

Dalam mencapai impian anda, anda harus kekal positif terhadap apa yang anda lakukann. Berfikiran positif dalam segala hal akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan-tugasan yang berkaitan dengan matlamat dan impian anda.

Segalanya terletak ditangan anda. Andalah penentu hidup anda. Jika anda berfikir gagal maka gagallah anda tapi jika anda memikirkan yang anda boleh berjaya, Insya Allah anda pasti akan berjaya. Bertindak dan berubahlah dari sekarang, masih belum terlambat untuk anda melakukan perubahan dalam hidup anda bagi mencapai impian anda. Saya berdoa semoga anda berjaya dengan apa yang anda impikan.

Advertisements
Kategori:Motivasi Diri

Bertindaklah Jangan Bertangguh lagi…..

5 Februari 2014 Tinggalkan komen

Salam Sejahtera buat anda semua pembaca yang budiman,

  1. Baru-baru ni saya berjumpa dengan kawan lama yang dah lama tak jumpa.
  2. Kawan saya ni semasa saya jumpa 3 tahun yang lalu mempunyai cita-cita ingin menjadi seorang peniaga ataupun seorang usahawan.
  3. Dia berazam ingin menjadi menjadi seorang peniaga yang berjaya. Apa yang terjadi sekarang ni azam tinggal azam.
  4. Dia masih lagi macam dulu yang penuh dengan keazaman tapi tak pernah buat apa yang diazamkan. Bila ditanya mengapa, dia hanya jawab takut pada kegagalan.
  5. Kita kena bertindak dan jangan bertangguh lagi sebab selagi kita tidak bertindak, kita tak tahu apa yang akan berlaku.
  6. Berjaya atau gagal perkara yang kita rancang bergantung pada usaha yang kita lakukan.
  7. Kalau kita fokus dan memberi sepenuh perhatian pada apa yang kita rancang, in sha Allah kita pasti akan berjaya.
  8. Sebenarnya kita tidak merancang untuk gagal tapi kita gagal untuk merancang.
  9. Jangan azam yang kita buat nanti hanya tinggal azam saja. Jadi bertindaklah bagi memastikan azam kita tercapai.
  10. Bertangguh akan membuatkan kita menjadi lemah untuk mencapai azam yang kita buat.
  11. Tapi sebelum kita membuat azam baru, adalah lebih baik kita renung sejenak pada azam kita yang lepas.
  12. Sudahkah azam kita yang lepas tercapai, kalau masih tak tercapai, cari apakah puncanya dan perbaiki.
  13. Kejayaan kita pada hari ini adalah atas usaha kita yang lepas dan doa orang-orang yang ada sekeliling kita.
  14. Jadi janganlah kita terlalu berbangga dengan kejayaan yang kita capai sebaliknya bersyukurlah pada Allah atas kejayaan tersebut.
  15. Berazamlah dengan penuh semangat dan pastikan ianya boleh dan mudah dicapai.
  16. Carilah buku-buku motivasi untuk dibaca agar diri kita sentiasa bersemangat dalam mencapai azam yang dibuat.
  17. Nasihat saya pada anda bertindaklah jangan tunggu lagi.
  18. Semoga anda berjaya dengan apa yang anda inginkan. In Sha Allah.

 

 

===============================================================================

3 Ebook Pemasaran PERCUMA untuk anda

Memperkenalkan… bukan satu malah 3 ebook strategi pemasaran yang bakal membantu anda menjana pendapatan online. Ya, 3 ebook untuk anda dan yang pasti ianya PERCUMA…..

Klik Disini Sekarang

 

==========================================================================================

Formula Pantas Seru Rezeki

Ebook Ini Bakal Mengubah Aliran Rezeki Menjadi Lebih Lancar Dalam Kehidupan Pembacanya.

Harga hanya RM30 sahaja….Jaminan wang akan dikembalikan 100% dalam masa 30 hari jika gagal.

Klik Disini Sekarang  

===================================================================================

 

 

 

Kategori:Motivasi Diri

Ubat Penyakit Kanser (Cegah Sebelum Terkena)

4 Februari 2014 Tinggalkan komen

Dari Dr. Azimuth ELC

  1. TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!! Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita…
  2. Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg “un-ortodoks” & banyak pesakit Sembuh! Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
  3. Ubat utk Cancer sudah ditemui ! Anda percaya? Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
  4. Pesakit cancer tidak seharusnya mati ! Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan: Makan buah segar dan caranya! Ini sangat informatif!
  5. Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita… Tapi tidak semudah yg kita pikirkan!
  6. Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah. Cara yang tepat makan buah; * JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
  7. BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG. BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!
  8. BAHAYA!Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga boleh membawa pada kembung!
  9. Menurut penelitian Dr Herbert Shelton; Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah-buahan, Anda memiliki; badan yang sihat, Penuh tenaga, Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.
  10. Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus. Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan
  11. Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.
  12. MINUM AIR SEJUK atau AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!
  13. Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU) maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).
  14. Cara Terbaik adalah: Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan
  15. Makan buah segar saat perut kosong.
  16. Semoga info ini dapat memberi manfaat pada kita semua.
  17. BANTU dan SHARE PADA KAWAN-KAWAN. Terima kasih…
  18. https://www.facebook.com/drazimuth2013

=========================================================================================

3 Ebook Pemasaran PERCUMA untuk anda

———————————————————————————————————————————————————–

Memperkenalkan… bukan satu malah 3 ebook strategi pemasaran yang bakal membantu anda menjana pendapatan online. Ya, 3 ebook untuk anda dan yang pasti ianya PERCUMA…..

Klik Disini

 

==========================================================================================

 Formula Pantas Seru Rezeki

———————————————————————————————————————————————————

Ebook Ini Bakal Mengubah Aliran Rezeki Menjadi Lebih Lancar Dalam Kehidupan Pembacanya.

Harga hanya RM30 sahaja….Jaminan wang akan dikembalikan 100% dalam masa 30 hari jika gagal.

Dapatkannya sekarang dengan klik link dibawah ini:

Klik disini

 

=========================================================================================

Kategori:Pelbagai

Gagal Sekali Bukan Bermakna Kita Akan Gagal Untuk Selama-Lamanya

3 Februari 2014 Tinggalkan komen
  1. Kita pernah mencuba untuk melakukan sesuatu yang baru dalam  hidup kita, tapi percubaan kita yang pertama menemui kegagalan.
  2. Apabila kita gagal, kita pasti akan dicemuh oleh mereka-mereka yang tak senang dengan percubaan kita.
  3. Kita pun mulalah berputus asa dan tak mahu mencuba lagi sesuatu yang baru dalam hidup kita.
  4. Semua ini adalah kerana kita takut gagal buat kali keduanya. Kita mula berfikir negetif akan keupayaan diri kita. Semua ini adalah kerana kegagalan yang kita alami.
  5. Kita harus sedar kegagalan yang kita alami bukan penghalang untuk kita mencuba dan terus mencuba.
  6. Kita kena yakin akan keupayaan diri. Kita harus buat lebih baik dari apa yang kita tahu. Hanya kita saja yang tahu apa yang kita mahu.
  7. Kita harus tahu bahawa setiap kegagalan itu pasti ada hikmah disebaliknya atau ada kelemahan yang membuatkan kita gagal.
  8. Jangan kita sekali-kali menyalahkan orang lain atas kegagalan kita. Kita harus terima kegagal tersebut dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif.
  9. Kita kena belajar dari kegagalan sebab kegagalanlah yang membuat kita menjadi orang yang matang dan lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
  10. Jangan difikir apa orang nak kata, sebaiknya fikirkanlah apa yang kita nak lakukan hingga berjaya.
  11. Orang tak boleh nak mengata kalau kita dah berjaya.
  12. Dan kita juga akan merasa puas dan berharga bila kita sudah berjaya.
  13. Maka bangkitlah dan teruskan usaha sehingga apa yang kita inginkan dapat kita capai.
  14. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau baik,maka baiklah kita. Kalau fikir tak baik maka tak baiklah kita.
  15. Saya doakan semoga anda semua berjaya dengan impian anda. Salam Kejayaan dari saya.
Kategori:Motivasi Diri

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

14 November 2013 Tinggalkan komen

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

 

 

=========================================================================================

3 Ebook Pemasaran PERCUMA untuk anda

Memperkenalkan… bukan satu malah 3 ebook strategi pemasaran yang bakal membantu anda menjana pendapatan online. Ya, 3 ebook untuk anda dan yang pasti ianya PERCUMA…..

Klik Disini Sekarang

 

==========================================================================================

Formula Pantas Seru Rezeki

Ebook Ini Bakal Mengubah Aliran Rezeki Menjadi Lebih Lancar Dalam Kehidupan Pembacanya.

Harga hanya RM30 sahaja….Jaminan wang akan dikembalikan 100% dalam masa 30 hari jika gagal.

Klik Disini Sekarang

 

 

 

 

 

 

 

Kategori:Pelbagai

Siapa cakap minum ais tak elok?

10 November 2013 Tinggalkan komen

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Teruskan membaca untuk lebih memahami. Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya. ~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

=========================================================================================

3 Ebook Pemasaran PERCUMA untuk anda

=========================================================================================

Memperkenalkan… bukan satu malah 3 ebook strategi pemasaran yang bakal membantu anda menjana pendapatan online. Ya, 3 ebook untuk anda dan yang pasti ianya PERCUMA…..

Klik Disini Sekarang

 

==========================================================================================

Formula Pantas Seru Rezeki

==========================================================================================

Ebook Ini Bakal Mengubah Aliran Rezeki Menjadi Lebih Lancar Dalam Kehidupan Pembacanya.

Harga hanya RM30 sahaja….Jaminan wang akan dikembalikan 100% dalam masa 30 hari jika gagal.

Klik Disini Sekarang

 

Kategori:Pelbagai

Moga ianya memberi kesedaran pada kita

24 Oktober 2013 Tinggalkan komen

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .”Rezeki aku !” Kata lelaki itu dalam hati .Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita…..Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk ‘mendongak’ ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur…Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
semoga dapat dijadikan iktibar.

=========================================================================================

3 Ebook Pemasaran PERCUMA untuk anda

=========================================================================================

Memperkenalkan… bukan satu malah 3 ebook strategi pemasaran yang bakal membantu anda menjana pendapatan online. Ya, 3 ebook untuk anda dan yang pasti ianya PERCUMA…..

Klik Disini Sekarang

==========================================================================================

Formula Pantas Seru Rezeki

==========================================================================================

Ebook Ini Bakal Mengubah Aliran Rezeki Menjadi Lebih Lancar Dalam Kehidupan Pembacanya.

Harga hanya RM30 sahaja….Jaminan wang akan dikembalikan 100% dalam masa 30 hari jika gagal.

Klik Disini Sekarang

Kategori:Pelbagai