Rumah > Motivasi Diri > Sayangi dan Terima Diri Kita Seadanya….

Sayangi dan Terima Diri Kita Seadanya….

Selalunya kita gagal dalam percubaan pertama dalam apa jua perkara. Ada sesetengah antara kita apa bila gagal pada percubaan pertama, langsung tak mahu mencuba untuk kali kedua. Bila ditanya mengapa? Mereka akan berkata yang mereka dilahirkan bukan untuk berjaya. Mereka akan meyalahkan diri mereka. Pelbagai kata-kata dan ungkapan digunakan untuk meyalahkan diri mereka. Mereka sebenarnya tidak bersalah bila menyalahkan diri sendiri. Sebenarnya orang-orang seperti ini adalah mereka-mereka yang dibelenggu oleh pemikiran atau persekitaran masa lampau. Mungkin pada masa lalu mereka pernah dianggap seorang yang gagal oleh keluarga atau rakan-rakan mereka. Sejarah tersebut yang membuatkan mereka rasa yang mereka tidak layak untuk membuat perubahan atau percubaan untuk mencapai kejayaan pada masa sekarangdan akan datang. Bila mereka ini mencuba dan gagal mereka akan meyalahkan diri mereka atas kegagalan tersebut. Mereka tidak pernah mengkaji sebab-sebab mereka gagal.

Selalunya orang-orang seperti ini akan bersyukur dengan apa yang mereka dapat dan mereka tidak akan berusaha untuk mencapai yang lebih baik dalam hidup mereka sedangkan mereka mampu dan boleh melakukannya. Orang-orang seperti ini akan mengatakan pada diri mereka yang mereka adalah orang yang malang dan tidak akan berjaya kalau buat sesuatu. Mereka akan menjadi orang yang sering menyalahkan diri sendiri. Nasihat yang boleh diberi pada orang-orang seperti ini adalah “berhenti dari memikirkan yang tidak baik tentang diri kita”.

Anda kena berubah menjadi anda yang baru. Kita kena cakap dengan diri kita bahawa kita adalah seorang yang hebat dan tidak ada orang lain yang sama macam kita. Anda adalah diri anda dan anda adalah apa yang anda fikir. Jika anda melakukan kesalahan, anggaplah kesalahan tersebut satu pengalaman dalam mencapai apa yang anda impikan. Jangan terima apa orang kata yang tidak baik tentang diri anda. Anda seharusnya memikirkan yang baik tentang diri anda. Anda adalah seorang yang hebat.

Salah satu cara untuk anda berjaya dalam hidup ini adalah sayangi diri anda. Sering berkata yang baik-baik pada diri anda. Jika anda ada kelemahan, tidak semestinya kelemahan tersebut boleh membuatkan anda gagal. Jadikan kelemahan tersebut satu kekuatan untuk anda berjaya. Banyak lagi kelebihan dan kebaikan yang ada pada diri anda berbanding kelemahan anda. Salah satunya ialah jika anda sudah berkahwin, adakah anda seorang suami atau isteri yang disayangi oleh pasangan anda? Adakah pasangan anda senang dengan diri anda? Jika anda mempunyai anak dengan pasangan anda, adakah mereka bahagia dengan anda? Adakah mereka mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari anda? Jika semua persoalan yang diajukan jawapannya “Ya”, anda sebenarnya seorang yang hebat. Ketahuilah, tidak semua orang bahagia dengan pasangan mereka dan tidak semua anak-anak mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari kedua orang tua mereka. Tapi anda dapat memberikan kebahagiaan dan kasih sayang pada pasangan dan anak-anak anda. Bukankah anda seorang yang hebat?

Jadi sayangilah diri anda dan terima diri anda seadanya. Jangan menyalahkan diri anda jika anda gagal percubaan pertama sebaliknya anda kaji mengapa ianya gagal dan baiki kesilapan tersebut untuk percubaan seterusnya. InsyaAllah anda pasti akan berjaya. “Anda adalah apa yang anda fikirkan”. Jika baik anda fikirkan, maka baiklah ia tapi jika buruk yang anda fikirkan maka buruklah ia. Jadi fikir-fikirkanlah…..

Categories: Motivasi Diri
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.