Maafkanlah….
Dalam kehidupan kita sehari-hari. Apa bila kita melakukan kesalahan, kita akan menerima tomahan dan kata-kata yang kurang sedap didengar dari orang sekeliling dan dari dalam diri kita sendiri. Kita pasti akan rasa tertekan bila mendengar orang bercerita yang kurang baik tentang diri kita. Kadang kala dalam diri kita juga mengata akan diri kita sendiri. Kita akan rasa tidak selesa dengan cerita-cerita yang kita dengar. Sesetengah orang akan berasa marah bila mendengar dirinya menjadi bahan bualan. Orang sekeliling kita pasti akan bercerita tentang kesalahan dan kelemahan kita. Kita akan rasa tertekan dan membuatkan kita jadi pemarah bila kita memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang lain terhadap kita. Lama-lama kita boleh kena darah tinggi.
Jadi untuk memulihkan keadaan diri kita, kita harus bersikap positif terhadap orang lain. Jangan cepat gelabah bila diri kita menjadi bahan bualan. Dan jangan marah bila dalam diri kita mengatakan yang buruk tentang kita. Untuk menghilangkan rasa tertekan dan marah, kita haruslah menjadi seorang pemaaf. Maafkanlah diri dalam kita. Beritahu dalam diri yang kita adalah seorang yang baik dan juga seorang yang memaafkan. Terima diri kita seadanya. Jangan peduli apa orang kata. Memaafkan orang lain yang melakukan kesalahan atau yang mengata kita akan membuatkan kita rasa tenang dan selesa. Anggaplah yang mereka tak tahu apa yang kita lakukan. Bersangka baiklah pada orang sekeliling kita. Biarkan apa yang hendak mereka kata tentang kita. Kita tahu ianya tidak akan menjejaskan kita.
Memang susah untuk memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan atau mengata kita. Tapi lagi susah kalau kita tidak memaafkan mereka. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjadi pemaaf. Antaranya ialah:
1. Apa bila rasa marah, ambillah air sembanyang dan beristifarlah memohon keampunan dari Allah.
2. Sentiasa berfikiran positif. Fikir yang baik tentang orang sekeliling kita.
3. Jangan ambil kisah apa orang nak kata. Kita tahu apa yang kita lakukan.
4. Sentiasa berhati-hati apa bila melakukan sesuatu agar tidak menjadi bahan bualan orang.
Disini saya terangkan satu cara yang amat berkesan pada anda untuk memaafkan orang dan anda akan rasa lega dan ceria bila melakukannya. Iaitu sebelum kita tidur (semasa berbaring hendak tidur) kita cakap dengan diri kita yang kita maafkan si polan bin si polan (sebut satu-satu nama orang yang buat salah atau mengata kita). Dan apa biloa anda bangkit dari tidur pada esoknya, anda pasti akan rasa lega dan aman tenteram hidup anda. (cuba amalkan)
Cuba amalkan apa yang saya katakan ini. Tak rugi kalau kita amalkan.





