Harap Maklum!!!! Blog saya telah berpindah….
Saya ingin memaklumkan pada anda yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini, yang blog saya telah pun berpindah ke domain saya sendiri iaitu http://blog.strategiefektif.com. Anda boleh ke link yang diberi untuk mengunjungi blog saya.
Sayangi dan Terima Diri Kita Seadanya….
Selalunya kita gagal dalam percubaan pertama dalam apa jua perkara. Ada sesetengah antara kita apa bila gagal pada percubaan pertama, langsung tak mahu mencuba untuk kali kedua. Bila ditanya mengapa? Mereka akan berkata yang mereka dilahirkan bukan untuk berjaya. Mereka akan meyalahkan diri mereka. Pelbagai kata-kata dan ungkapan digunakan untuk meyalahkan diri mereka. Mereka sebenarnya tidak bersalah bila menyalahkan diri sendiri. Sebenarnya orang-orang seperti ini adalah mereka-mereka yang dibelenggu oleh pemikiran atau persekitaran masa lampau. Mungkin pada masa lalu mereka pernah dianggap seorang yang gagal oleh keluarga atau rakan-rakan mereka. Sejarah tersebut yang membuatkan mereka rasa yang mereka tidak layak untuk membuat perubahan atau percubaan untuk mencapai kejayaan pada masa sekarangdan akan datang. Bila mereka ini mencuba dan gagal mereka akan meyalahkan diri mereka atas kegagalan tersebut. Mereka tidak pernah mengkaji sebab-sebab mereka gagal.
Selalunya orang-orang seperti ini akan bersyukur dengan apa yang mereka dapat dan mereka tidak akan berusaha untuk mencapai yang lebih baik dalam hidup mereka sedangkan mereka mampu dan boleh melakukannya. Orang-orang seperti ini akan mengatakan pada diri mereka yang mereka adalah orang yang malang dan tidak akan berjaya kalau buat sesuatu. Mereka akan menjadi orang yang sering menyalahkan diri sendiri. Nasihat yang boleh diberi pada orang-orang seperti ini adalah “berhenti dari memikirkan yang tidak baik tentang diri kita”.
Anda kena berubah menjadi anda yang baru. Kita kena cakap dengan diri kita bahawa kita adalah seorang yang hebat dan tidak ada orang lain yang sama macam kita. Anda adalah diri anda dan anda adalah apa yang anda fikir. Jika anda melakukan kesalahan, anggaplah kesalahan tersebut satu pengalaman dalam mencapai apa yang anda impikan. Jangan terima apa orang kata yang tidak baik tentang diri anda. Anda seharusnya memikirkan yang baik tentang diri anda. Anda adalah seorang yang hebat.
Salah satu cara untuk anda berjaya dalam hidup ini adalah sayangi diri anda. Sering berkata yang baik-baik pada diri anda. Jika anda ada kelemahan, tidak semestinya kelemahan tersebut boleh membuatkan anda gagal. Jadikan kelemahan tersebut satu kekuatan untuk anda berjaya. Banyak lagi kelebihan dan kebaikan yang ada pada diri anda berbanding kelemahan anda. Salah satunya ialah jika anda sudah berkahwin, adakah anda seorang suami atau isteri yang disayangi oleh pasangan anda? Adakah pasangan anda senang dengan diri anda? Jika anda mempunyai anak dengan pasangan anda, adakah mereka bahagia dengan anda? Adakah mereka mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari anda? Jika semua persoalan yang diajukan jawapannya “Ya”, anda sebenarnya seorang yang hebat. Ketahuilah, tidak semua orang bahagia dengan pasangan mereka dan tidak semua anak-anak mendapat kasih sayang yang sepatutnya dari kedua orang tua mereka. Tapi anda dapat memberikan kebahagiaan dan kasih sayang pada pasangan dan anak-anak anda. Bukankah anda seorang yang hebat?
Jadi sayangilah diri anda dan terima diri anda seadanya. Jangan menyalahkan diri anda jika anda gagal percubaan pertama sebaliknya anda kaji mengapa ianya gagal dan baiki kesilapan tersebut untuk percubaan seterusnya. InsyaAllah anda pasti akan berjaya. “Anda adalah apa yang anda fikirkan”. Jika baik anda fikirkan, maka baiklah ia tapi jika buruk yang anda fikirkan maka buruklah ia. Jadi fikir-fikirkanlah…..
Maafkanlah….
Dalam kehidupan kita sehari-hari. Apa bila kita melakukan kesalahan, kita akan menerima tomahan dan kata-kata yang kurang sedap didengar dari orang sekeliling dan dari dalam diri kita sendiri. Kita pasti akan rasa tertekan bila mendengar orang bercerita yang kurang baik tentang diri kita. Kadang kala dalam diri kita juga mengata akan diri kita sendiri. Kita akan rasa tidak selesa dengan cerita-cerita yang kita dengar. Sesetengah orang akan berasa marah bila mendengar dirinya menjadi bahan bualan. Orang sekeliling kita pasti akan bercerita tentang kesalahan dan kelemahan kita. Kita akan rasa tertekan dan membuatkan kita jadi pemarah bila kita memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang lain terhadap kita. Lama-lama kita boleh kena darah tinggi.
Jadi untuk memulihkan keadaan diri kita, kita harus bersikap positif terhadap orang lain. Jangan cepat gelabah bila diri kita menjadi bahan bualan. Dan jangan marah bila dalam diri kita mengatakan yang buruk tentang kita. Untuk menghilangkan rasa tertekan dan marah, kita haruslah menjadi seorang pemaaf. Maafkanlah diri dalam kita. Beritahu dalam diri yang kita adalah seorang yang baik dan juga seorang yang memaafkan. Terima diri kita seadanya. Jangan peduli apa orang kata. Memaafkan orang lain yang melakukan kesalahan atau yang mengata kita akan membuatkan kita rasa tenang dan selesa. Anggaplah yang mereka tak tahu apa yang kita lakukan. Bersangka baiklah pada orang sekeliling kita. Biarkan apa yang hendak mereka kata tentang kita. Kita tahu ianya tidak akan menjejaskan kita.
Memang susah untuk memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan atau mengata kita. Tapi lagi susah kalau kita tidak memaafkan mereka. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjadi pemaaf. Antaranya ialah:
1. Apa bila rasa marah, ambillah air sembanyang dan beristifarlah memohon keampunan dari Allah.
2. Sentiasa berfikiran positif. Fikir yang baik tentang orang sekeliling kita.
3. Jangan ambil kisah apa orang nak kata. Kita tahu apa yang kita lakukan.
4. Sentiasa berhati-hati apa bila melakukan sesuatu agar tidak menjadi bahan bualan orang.
Disini saya terangkan satu cara yang amat berkesan pada anda untuk memaafkan orang dan anda akan rasa lega dan ceria bila melakukannya. Iaitu sebelum kita tidur (semasa berbaring hendak tidur) kita cakap dengan diri kita yang kita maafkan si polan bin si polan (sebut satu-satu nama orang yang buat salah atau mengata kita). Dan apa biloa anda bangkit dari tidur pada esoknya, anda pasti akan rasa lega dan aman tenteram hidup anda. (cuba amalkan)
Cuba amalkan apa yang saya katakan ini. Tak rugi kalau kita amalkan.
7 Teknik Berkesan Untuk Tarik Trafik Ke Laman Niaga Anda
Jika di dunia luar kita perlukan pengunjung, di internet tidak jauh bezanya kita perlukan “trafik” untuk memastikan web jualan kita mendapat conversion rate/jualan yang tinggi. Jadi bagaimana untuk menarik pengunjung ke laman web anda?
1) Gunakan Social Bookmark – Jika anda mahu target pelanggan tempatan cuba gunakan Social Bookmark tempatan seperti gengblogger.com, mereka mempunyai trafik yang agak tinggi. Manakala jika anda mahu target international, anda boleh gunakan digg.com.stumbleupon.com,reddit.com etc
2) Optimumkan web jualan untuk search engine – Search engine adalah lubuk, dimana setiap pengguna internet menggunakannya untuk mencari sesuatu yang mereka inginkan (Google, Yahoo, MSN). Jadi optimumkan web jualan anda untuk search engine (Psst. Kami mempunyai store yang mesra SEO. Ianya PERCUMA)
3) Menggunakan Laman Sosial – Laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace mempunyai pengguna yang ramai. Jadi, cuba anda gunakannya untuk menarik pengunjung, contohnya anda boleh membuat contest di Fan page anda etc. Berkomunikasi dengan bakal pelanggan anda (Jangan SPAMMING)
4) Melakukan komen – Membuat komen di blog atau website yang berkaitan. Banyak blog-blog di Malaysia, mereka tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Jadi cuba search di Google blog yang berkaitan dengan produk atau servis anda, selepas jumpa, tinggalkan komen anda. Ia penting kerana secara tidak langsung mempromosi link web jualan kepada umum.
5) Meletakkan ke direktori web – Banyak direktori web percuma di Malaysia. Contohnya : blogmalaysia.com, allmalaysia.info, ntahla.net etc. Letakkan web jualan anda di sana, kerana biasanya direktori menjadi tempat pilihan bagi pengguna internet untuk mencari website mengikut kategori.
6) Membeli iklan/review – Cari blog/website yang berkaitan dengan produk anda dan beli banner/review dari mereka. Contohnya, blog blog gosip artis mempunyai ramai pengunjung, jadi beli banner untuk produk tudung anda (fesyen berkaitan dengan artis kan? ngeh3x)
7) Meletakkan iklan percuma – Sebenarnya terdapat pelbagai lama iklan percuma di internet. Cuba lakukan search di Google (search “iklan percuma”) pasti keluar banyak result untuk iklan percuma. Letakkan iklan produk anda di laman tersebut. (Tips : pastikan banner anda menarik perhatian)
Selamat mencuba menarik pengunjung dan pelanggan.
Tukar DNS Setting Untuk Bagi Surf Internet Laju dan etc..
Nak share satu benda untuk surf internet supaya laju browsing dan dalam masa sama, komputer anda (Vista & Window7) akan bertambah pantas.
Tapi sebelum tu saya nak terngkan sedikit mengenai DNS dan ISP pada anda,
DNS = Domain Name System – bahasa mudah faham = (bertindak macam phone book dalam handphone anda, tukarkan IP nombor kenama yg lebih bermakna, contoh, 208.77.188.166 ditranslate jadi www.awak.com)
ISP = Internet service provider, e.g. maxis broadband, p1max, streamyx, celcom broadband dsb..by default komputer kita set automatic .
So apa saya nak share ialah kita manually tukar DNS setting dia kepada DNS Google punya. Caranya ialah (dalam BI):
1. Go to the Control Panel.
2. Click Network and Internet, then Network and Sharing Center, then Manage network
connections.
3. Select the connection for which you want to configure Google Public DNS. For
example:
4. To change the settings for an Ethernet connection, right-click
5. Local Area Connection or Wireless Network Connection and right click Properties.
6. To change the settings for a wireless connection, right-click
7. Wireless Network Connection, and click Properties.
8. If you are prompted for an administrator password or
9. confirmation, type the password or provide confirmation.
10. Select the Networking tab. Under This connection uses the following items, click
Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4), and then click Properties.
11. Click Advanced and select the DNS tab. If there are any DNS server IP addresses
listed there, write them down for future reference, and remove them from this window.
12. Click OK.
13. Select Use the following DNS server addresses. If there are any IP addresses listed in
the Preferred DNS server or Alternate DNS server, write them down for future reference.
14. Replace those addresses with the IP addresses of the Google DNS servers: 8.8.8.8 and
8.8.4.4.
15. Restart the connection you selected in step 3.
Untuk tambah kelajuan ikut step ini:
1. Clearkan cache, history, cookies etc kat browser anda. – restart computer.
2. Pergi command Prompt, caranya ialah klik START > ALL Programs > Accessories > Command Prompt. Run as administrator taip ipconfif/flushdns tekan enter, kemudian taip ipconfig /all kemudian tekan enter, lepas tu taip ipconfig /renew dan tekan enter sekali lagi. dan tutup command prompt.
Kebaikan
1. Surf internet bertambah laju.
2. Komputer jadi laju, elak hang, lambat loading.
Keburukan
1. Apa-apa laman web yg diblock oleh ISP provider, e.g. maxis broadband, p1max, streamyx, celcom broadband dsb, dah dibypass. So masalah tu, sebab diorang block ada reason dia.
2. Komputer anda tanpa antivirus yg kuat, mudah diserang malware.
P/S: IP open DNS selain google yg boleh guna jugak ialah
208.67.222.222
208.67.220.220
208.67.222.220
208.67.220.222
Ni pilihan, samada nak guna DNS dari google atau open DNS IP diatas. Kira macam nak pilih nak naik airbus atau boeng.
Secara mudah faham:
ISP dah set auto DNS kat komputer kita
DNS Google sebagai satu pilihan untuk replace DNS yg ISP dah set
Open DNS satu lagi pilihan yg dah ramai guna establish sejak tahun 2007
IP tu biarkan auto, just tukar DNS yg ISP, e.g. streamy, P1max dsb, yg diorang set untuk
kita jadikan sekrang kepada DNS google punya.
Sambil tu kita tambah-tambah ilmu pengetahuan..
Kenapa Google buat Google Public DNS ni? Apa sebab
1. OK DNS ni kiranya tulang belakang untuk internet, menghubungkan satu komputer ke komputer yg lain. Google menyediakan FREE kemudahan ni sebab, diorang nak kumpul data lebih tepat web apa yang sentiasa dikunjungi bila surf internet.
2. Sebelum ni, google hanya dapat pantau jika anda menggunakan search engine mereka sahaja. Dimana disitu pihak Google mendapatkan statistik dan menjadikan database. Dalam kata lain, maklumat yg dikumpul ni nilainya berbillion dolar US. Itulah caranya bagaimana google membuat duit.
3. Ini juga adalah usaha google mengenalkan technology baru gantikan protocol lama yg start dengan Http:// tu kepada SPDY:// yg mana akan melajukan surfing kepada 64% bila anda melayari internet.
Selain tu apa pengalaman yg anda dapat?
1. In Google Public DNS, mereka implemented beberapa pendekatan to speeding up DNS lookup times.
2. Menyediakan servers yg mantap untuk handle the load from client traffic, termasuk traffic merapu, bot.
3. Mencegah serangan DDoS and amplification attacks. Although this is mostly a security issue, and affects closed resolvers less than open ones, preventing DoS attacks also has a benefit for performance by eliminating the extra traffic burden placed on DNS servers. For information on the approaches we are using to minimize the chance of attacks.
4. Load-balancing for shared caching, to improve the aggregated cache hit rate across the serving cluster.
5. Prefetching name resolutions, to overcome the limits of conventional, passive caching and aim to serve the majority of requests out of cache. We are experimenting with a DNS prefetching technique which we think offers a significant opportunity for DNS speed-up.



Flushdns tu utk ape :
1. Untuk clearkan DNS cache kat komputer kita.
2. Masalah web connection biasa dikesan pasal DNS cache corrupted.
3. flush dns cache berguna bila kita takleh surf masuk website baru register/ buat. contoh
member SMS “masuklah web aku wei baru buat ni.. gadissuci.com” awak taip2 takleh so
flush dns selesai masalah camni, di reset DNS tu flush kan.
4. Supaya bila surfing jadi lancar.
Flushing this cache is an easy fix to many of these problems above.





